Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN

11 Jun 2025: Makan Pulut Durian Sambil Tahlil

Danau Tok Uban, Pasir Mas | 11 Julai 2025 (Jumaat) – Satu program santai namun penuh makna telah dianjurkan oleh Kelab Kesejahteraan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) di Danau Tok Uban, Pasir Mas. Program “Makan Pulut Durian & Tahlil Arwah” ini telah menghimpunkan lebih 10 orang Ahli SKTMJ serta Ahli Jawatankuasa (AJK) kelab bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dikhususkan buat Allahyarham Presiden SKTMJ Kuala Long 01 yang telah kembali ke rahmatullah. Bacaan tahlil ini adalah sebagai mengenang jasa dan amanat terakhir arwah yang pernah menyuarakan hasrat untuk menjamu ahli-ahli kelab dengan hasil durian miliknya pada musim ini. Hasrat mulia arwah itu telah direalisasikan oleh balu beliau, XYL Kuala Long 01, yang telah menyerahkan durian tersebut kepada wakil Pasir Mas 02 untuk diagihkan. Malah, beberapa ahli lain yang turut hadir ke majlis ini secara spontan turut menyumbang durian masing-masing bagi menambahk...

20 Jun 2025 - SKTMJ BERDUKA: Kematian yang Dicemburui pada Penghulu Segala Hari

KUALA LONG, JUMAAT- 20 Jun 2025  – Dengan penuh rasa dukacita dan keinsafan, dimaklumkan bahawa Presiden Kelab SKTMJ telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang syahdu, jam 6:15 pagi, di kediaman beliau. Pemergian Allahyarham berlaku setelah tujuh hari pulang dari hospital akibat serangan strok.  Sesungguhnya, pemergian ini merupakan kematian yang dicemburui – pada hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terpelihara daripada azab kubur, satu kelebihan yang hanya dianugerahkan kepada insan-insan terpilih oleh Allah SWT. Allahyarham dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, yang banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan perpaduan ahli kelab SKTMJ. Seluruh warga SKTMJ dan penduduk sekitar menyifatkan pemergian beliau sebagai kehilangan besar yang sukar diganti. Jenazah akan dimandikan dan disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ku...

26 April 2025: Mesyuarat Agung SKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...

18 April 2025: ZIARAH KASIH GOK KAPUR & PAUH LIMA

  Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ Santuni Sahabat Uzur di Bachok dan Kota Bharu Bachok, 19 April 2025 – Program Ziarah Kasih anjuran Biro Kebajikan SKTMJ sekali lagi mengorak langkah dalam menyantuni sahabat-sahabat yang sedang diuji kesihatan. Pada hari ini, dua buah rumah telah diziarahi melibatkan dua daerah utama iaitu Bachok dan Kota Bharu . Ziarah pertama telah berlangsung di Kg Pauh Lima, Bachok , tepatnya di rumah Pauh   Lima 22 , diikuti dengan kunjungan ke kediaman  Gok Kapur 01 di daerah Kota Bharu. Program ini telah diketuai oleh Pasir Mas 02 , iaitu Cik Ujang Bin Omar , Pemangku Setiausaha SKTMJ, yang mengetuai seramai lebih kurang 10 orang ahli Biro Kebajikan SKTMJ dalam misi penuh kasih sayang ini. Program bermula sekitar jam 4.00 petang dan diselaraskan dengan penuh teratur. Kehadiran ahli yang bersemangat menjadikan program ini lebih bermakna dan mencerminkan kekuatan ukhuwah dalam kalangan warga SKTMJ. Menurut wakil Biro Kebajikan, kunjungan ...

10 April 2025: Mesyuarat AJK Untuk Persediaan Mesyuarat Agung Kali ke 7

PASIR MAS, Kg Banggol Petai | 10 April 2025 – Ahli Jawatankuasa SKTMJ hari ini telah menghadiri Mesyuarat Khas Persediaan Mesyuarat Agung Kali Ke-7 yang dijadualkan berlangsung pada 26 April 2025. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi SKTMJ, diikuti kehadiran barisan kepimpinan lain seperti Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Penolong Bendahari, Setiausaha, dan beberapa lagi AJK serta ahli yang turut hadir memberikan komitmen penuh. Mesyuarat ini telah diadakan di Warong Roti Canai Banggol Petai 06, bertempat di Kg Banggol Petai, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 6.45 petang. Penutup majlis disempurnakan dengan bacaan Doa Kafarah dan Surah Al-Asr.

8 April 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ

 PROGRAM ZIARAH KASIH BIRO KEBJIKAN SKTMJ 2025 Tanah Merah, 8 April: Program yang telah dirancang oleh AJK Biro Kebajikan SKTM diteruskan dengan menziarahi ahli yang terlantar sakit di Kampung Batu 11 pada hari ini. Bermula sekitar jam 5 petang, rombongan Biro Kebajikan SKTMJ yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, Hj Baharuddin Daud (Kuala Long01), diiringi oleh Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ, Tepi Sungai 65, bersama beberapa AJK dan ahli SKTMJ, telah memulakan ziarah pertama ke rumah Puan Hasenu (Batu11-71) yang menghidapi penyakit saraf di Kampung Batu 11. Selepas beberapa minit berlalu, rombongan meneruskan ziarah ke rumah XYL kepada Tanah Merah 41, yang rumahnya hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Beliau kini menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Penyerahan sumbangan kebajikan diwakilkan terus kepada Tuan Pengerusi (Kuala Long01) dengan diiringi oleh Bendahari Biro, Tepi Sungai 65 dan disaksikan oleh ahli rombangan. Turut bersama dalam rombongan petang tadi i...