KUALA LONG, JUMAAT- 20 Jun 2025 – Dengan penuh rasa dukacita dan keinsafan, dimaklumkan bahawa Presiden Kelab SKTMJ telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang syahdu, jam 6:15 pagi, di kediaman beliau. Pemergian Allahyarham berlaku setelah tujuh hari pulang dari hospital akibat serangan strok. Sesungguhnya, pemergian ini merupakan kematian yang dicemburui – pada hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terpelihara daripada azab kubur, satu kelebihan yang hanya dianugerahkan kepada insan-insan terpilih oleh Allah SWT. Allahyarham dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, yang banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan perpaduan ahli kelab SKTMJ. Seluruh warga SKTMJ dan penduduk sekitar menyifatkan pemergian beliau sebagai kehilangan besar yang sukar diganti. Jenazah akan dimandikan dan disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ku...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya sangat tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh SKTMJ. Lain dari yang lain. Saya ada 2 cadangan:
BalasPadam1. Sediakan satu ruang/menu untuk menerangkan prosedur untuk menjadi ahli.
2. Senarai repeater yang mengandungi Frekuensi, offset dan tone seperti yang dibuat oleh kelab-kelab radio amateur yang lain. Jika ianya merupakan rahsia tak payah lah.(Frekuensi boleh scan, offset dan tone tu susah sikit)