10 OKTOBER 2024 - JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM BERSAMA ROS #ros_care


SKTMJ ingin mengutarakan rasa gembira dan bangga kerana telah dijemput untuk meraikan bersama PROGRAM KESELAMATAN #ros_care JARINGAN STRATEGIK TAHUN 2024 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli.

Program akan berlangsung pada 19 Oktober 2024 itu akan memulakan acara seawal jam 8.30 pagi dan akan berakhir pada 1.00 petang itu memerlukan sejumlah ahli seramai 70 orang untuk menyertainya. Oleh yang demikian, pihak Pengurusan SKTMJ mengalu-alukan untuk anda semua menyertai program yang berprestij ini. Seterusnya mengangkat nama SKTMJ sebagai sebuah Kelab yang berwibawa dan berdaya maju.

Anda boleh nyatakan kesediaan penyertaan di grup Whatsapp SKTMJ.

Semoga SKTMJ terus melangkah maju bersama ROS.



1 ulasan: