Langkau ke kandungan utama

21 OKT 2024 ~ Perkhemahan Unit Beruniform SK Kemahang 1 & SK Kemahang 3

Perkhemahan Unit Beruniform Bina Ketahanan dan Ikhtiar Hidup Pelajar SK Kemahang 1 & 3

Tanah Merah, 21 Oktober – Sejak semalam, pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kemahang 1 & 3 serta para guru telah berkampung di Pusat Perkhemahan Lata Bijih, Tanah Merah. Program perkhemahan Unit Beruniform yang bermula pada 20 Oktober dan akan berakhir esok, 22 Oktober 2024, dihadiri oleh 180 orang peserta termasuk guru-guru pengiring.



Tiga ahli Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) turut terlibat dalam menjayakan program ini, iaitu Cikgu Mazly (Kemahang 107), Mohd Yusof (Telaga Bijih 04), dan Zakaria Bin Daud (Lawang 07). Mereka memainkan peranan penting dalam menyumbang kepakaran mereka dalam keselamatan dan pengendalian kecemasan sepanjang tiga hari program.

Antara modul yang diajar kepada peserta adalah Kursus Ikhtiar Hidup, di mana pelajar diajar pelbagai kemahiran seperti cara bertahan hidup di dalam hutan, teknik asas kawad kaki, latihan memasak di hutan, serta cara memasang khemah. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal pelajar, selain memupuk nilai kerjasama, disiplin, dan kepimpinan.


  

   

Menurut Cikgu Mazly, yang juga koordinator program, "Aktiviti luar seperti ini amat penting untuk memberi pelajar pengalaman yang unik dan pendedahan yang tidak dapat diperoleh di dalam bilik darjah. Ia membantu membina keyakinan diri pelajar serta menggalakkan mereka menghargai alam sekitar."

Selain itu, penglibatan ahli Kelab SKTMJ dalam program ini turut memastikan aspek keselamatan diberi keutamaan, dengan kepakaran mereka dalam bidang keselamatan dan pengurusan kecemasan memberi jaminan kelancaran program.

Program perkhemahan ini dijangka tamat pada 22 Oktober, dengan satu majlis penutup yang akan diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta-peserta yang telah berjaya melalui cabaran selama tiga hari ini. ~MediaSKTMJ



Ulasan

BERITA TERKINI

8 Mac 2025: Majlis Iftar & Solat Terawih Kasih SKTMJ 2025 meriah!

Majlis Iftar & Terawih Kasih SKTMJ 2025 Meriah di Padang Merdeka MDTM Tanah Merah, 8 Mac 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah menganjurkan Majlis Iftar & Terawih Kasih 2025 di Padang Merdeka, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) . Acara yang berlangsung pada petang Sabtu ini mendapat sambutan meriah walaupun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana komitmen tertentu. Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran ahli-ahli kelab dari pelbagai kawasan termasuk Tanah Merah, Machang, Jeli dan beberapa daerah lain. Para hadirin membawa pelbagai jenis juadah secara potluck , menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka puasa. Antara tetamu yang hadir termasuk: Pok Presiden (Pengerusi SKTMJ) Gading 01 Kemahang 107 Tok Uban 02 Manal 203 L. Cekok Pak Od Tok Ayah CTK 53 P. Puteh Paksu P. Mas P. Ujang Ipoh 11 Kemahang 310 Bechah Laut 05 Bechah Laut 21 Bujuk 03 Bechah Laut 02 P. Cdg 19 Klewek 01  Kok Lanas 79 Chetok 41 Sat 17 Gobe...

8 April 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ

 PROGRAM ZIARAH KASIH BIRO KEBJIKAN SKTMJ 2025 Tanah Merah, 8 April: Program yang telah dirancang oleh AJK Biro Kebajikan SKTM diteruskan dengan menziarahi ahli yang terlantar sakit di Kampung Batu 11 pada hari ini. Bermula sekitar jam 5 petang, rombongan Biro Kebajikan SKTMJ yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, Hj Baharuddin Daud (Kuala Long01), diiringi oleh Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ, Tepi Sungai 65, bersama beberapa AJK dan ahli SKTMJ, telah memulakan ziarah pertama ke rumah Puan Hasenu (Batu11-71) yang menghidapi penyakit saraf di Kampung Batu 11. Selepas beberapa minit berlalu, rombongan meneruskan ziarah ke rumah XYL kepada Tanah Merah 41, yang rumahnya hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Beliau kini menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Penyerahan sumbangan kebajikan diwakilkan terus kepada Tuan Pengerusi (Kuala Long01) dengan diiringi oleh Bendahari Biro, Tepi Sungai 65 dan disaksikan oleh ahli rombangan. Turut bersama dalam rombongan petang tadi i...

26 April 2025: Mesyuarat Agung SKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

majlis perjumpaan dgn IPD t merah 14 nov 11