Langkau ke kandungan utama

25 Oktober 2024 - Konvoi ZiarahKasih SKTMJ ke Rumah Alor Pasir 01 Pokman

Salam Jumaat yang Barokah untuk semua ahli SKTMJ dan para pembaca laman web www.sktmj.com.



Dalam semangat persaudaraan yang tulus, program Konvoi ZiarahKasih SKTMJ ke Rumah Alor Pasir 01 (Pokman) ini melambangkan ikatan persahabatan erat di kalangan ahli SKTMJ. Sangat bertepatan dengan Motto SKTMJ: Mesra di udara, Sahabat di daratan, Keselamatan Diutamakan.Setiap kali salah seorang daripada kita menghadapi kesusahan atau musibah, tangan-tangan ikhlas datang menghulurkan sokongan dan keprihatinan.













Kasih sayang yang mengikat hati-hati kita, tanpa mengira jarak atau waktu, hadir menzahirkan persahabatan yang sejati. Bukan sahaja sebagai anggota kelab, tetapi juga sebagai saudara dalam satu keluarga besar, kita berdiri bersama. Inilah kekuatan SKTMJ: bersatu dalam kasih, hadir bersama tatkala duka, saling menyokong dan memberi semangat agar setiap bebanan dapat diringankan bersama.


Sumbangan Khas dari Ahli SKTMJ telah 
disampaikan oleh Pak Ujang - Pasir Mas-02



Buah tangan ziarah disampaikan oleh Gua Mesa-02

Terima kasih dicuapkan kepada yang telah hadir mewakili SKTMJ ke Program tersebut. Antara yang telah hadir adalah:

1. Cherang Lali-100
2. Pasir Mas-02
3. Bt Karang-04
4. Teliar-01
5. Bujuk-23
6. Kemahang1-02
7. P.Puteh-01
8. Asahan-01
9. Bukit Kecik-03
10. Gading-01
11. Chetok-53
12. Air Nago-01
13. Padang Siam-04
14. Gua Mesa-02
15. Banggol Petai-04
16. Banggol Petai-12
17. Ipoh-01
18. Lubuk Chekok-02
19. Banggol Petai-04
20. Meranti-21
21. Chbg 4 -01

22. Tepi Sungai-65





"Mesra di udara, sahabat di daratan, keselamatan diutamakan" – begitulah prinsip kita dalam persahabatan yang berakar di SKTMJ. Jalinan erat yang terbina bukan hanya untuk bersama dalam keriuhan, tetapi juga sebagai kekuatan saat gembira dan sebagai benteng ketika diuji. 
Dalam setiap langkah dan tindakan, keselamatan menjadi teras – inilah komitmen kita, 
sahabat sejati yang sentiasa setia.
~ Unit Media SKTMJ 



 







Ulasan

BERITA TERKINI

8 Mac 2025: Majlis Iftar & Solat Terawih Kasih SKTMJ 2025 meriah!

Majlis Iftar & Terawih Kasih SKTMJ 2025 Meriah di Padang Merdeka MDTM Tanah Merah, 8 Mac 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah menganjurkan Majlis Iftar & Terawih Kasih 2025 di Padang Merdeka, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) . Acara yang berlangsung pada petang Sabtu ini mendapat sambutan meriah walaupun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana komitmen tertentu. Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran ahli-ahli kelab dari pelbagai kawasan termasuk Tanah Merah, Machang, Jeli dan beberapa daerah lain. Para hadirin membawa pelbagai jenis juadah secara potluck , menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka puasa. Antara tetamu yang hadir termasuk: Pok Presiden (Pengerusi SKTMJ) Gading 01 Kemahang 107 Tok Uban 02 Manal 203 L. Cekok Pak Od Tok Ayah CTK 53 P. Puteh Paksu P. Mas P. Ujang Ipoh 11 Kemahang 310 Bechah Laut 05 Bechah Laut 21 Bujuk 03 Bechah Laut 02 P. Cdg 19 Klewek 01  Kok Lanas 79 Chetok 41 Sat 17 Gobe...

8 April 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ

 PROGRAM ZIARAH KASIH BIRO KEBJIKAN SKTMJ 2025 Tanah Merah, 8 April: Program yang telah dirancang oleh AJK Biro Kebajikan SKTM diteruskan dengan menziarahi ahli yang terlantar sakit di Kampung Batu 11 pada hari ini. Bermula sekitar jam 5 petang, rombongan Biro Kebajikan SKTMJ yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, Hj Baharuddin Daud (Kuala Long01), diiringi oleh Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ, Tepi Sungai 65, bersama beberapa AJK dan ahli SKTMJ, telah memulakan ziarah pertama ke rumah Puan Hasenu (Batu11-71) yang menghidapi penyakit saraf di Kampung Batu 11. Selepas beberapa minit berlalu, rombongan meneruskan ziarah ke rumah XYL kepada Tanah Merah 41, yang rumahnya hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Beliau kini menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Penyerahan sumbangan kebajikan diwakilkan terus kepada Tuan Pengerusi (Kuala Long01) dengan diiringi oleh Bendahari Biro, Tepi Sungai 65 dan disaksikan oleh ahli rombangan. Turut bersama dalam rombongan petang tadi i...

26 April 2025: Mesyuarat Agung SKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

majlis perjumpaan dgn IPD t merah 14 nov 11