Langkau ke kandungan utama

12 Januari 2025: Lawatan Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ ke Hospital Besar Tanah Merah

 

Berita: Lawatan Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ ke Hospital Besar Tanah Merah
Tarikh: 12 Januari 2025

Tanah Merah - Biro Kebajikan Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah mengadakan lawatan ziarah ke Hospital Besar Tanah Merah pada hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk menziarahi isteri (XYL) ahli SKTMJ Jeli-58 iaitu Puan Che Aduni binti Che Ghani yang kini sedang menerima rawatan di tingkat 5 (5B), katil nombor 15.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah:

  • K.Long 01 (Pengerusi SKTMJ) & XYL Puan Siti
  • Poksu Ta: Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ
  • Wakil dari beberapa lokasi termasuk:
    • Kubang Besar 02 dan 03
    • Padang Siam 04
    • Cherang Lali 100
    • Alor Pasir 05
    • Pasir Putih-01: Poksu Din

Biro Kebajikan SKTMJ telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50 kepada Puan Che Aduni. Selain itu, ahli-ahli yang hadir juga memberikan sumbangan ikhlas sebagai tanda solidariti dan sokongan moral.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Presiden Kelab SKTMJ  dan se,uruh warga SKTMJ mendoakan agar puan Che Aduni diberikan  kesembuhan dan kesejahteraan serta pulih seperti sediakala.

Lawatan seperti ini menunjukkan keprihatinan dan nilai kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan ahli SKTMJ, sekaligus mencerminkan semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti.

 
 



MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN



Ulasan

BERITA TERKINI

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

Ahli Biasa

9W2ASO 9W2CDH 9W2SNO 9W2NFQ 9W2MVB 9W2PPT 9W2HBF 9W2FBH 9W2GXX 9W2GGH 9W2CNY 9W2ZOA 9W2ARR 9W2NTY 9W2SDF 9W2ROJ 9W2POE 9W2IPB 9W2SUC 9W2TAA

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA