Langkau ke kandungan utama

HOME

AHLI JAWATANKUASA BIRO KEBAJIKAN SKTMJ

PENGERUSI   :   GAJAH - 02
SETIAUSAHA :   PADANG SIAM -01 
BENDAHARI : 
AHLIJAWATANKUASA: 1
                                             2
                                             3
                                             4

PANDUAN KEBAJIKAN AHLI-AHLI SKTMJ

TUJUAN

1.         Tujuan asal penubuhan Kebajikan ini adalah untuk membantu meringankan bebanan ahli-ahli SKTMJ sekiranya menghadapi kesulitan, umpamanya ditimpa kemalangan atau kematian dalam keadaan biasa mahupun operasi rasmi arahan dari kelab.

2.         Ini adalah salah satu cara kelab membantu ahli-ahlinya yang menghadapi kemalangan, kematian,  dimasukan hospital, kehilangan atau kerosakan hartabenda sewaktu operasi dan terlantar dirumah yang menyukarkan ahli tersebut mencari rezeki harian.

3.         Kelab berharap dengan adanya kebajikan ini sekurang-kurangnya ia dapat mengatasi dan meringankan sedikit sebanyak permasalahan kebajikan yang dihadapi oleh ahli-ahlinya.


PENUBUHAN KEBAJIKAN

4.         Penubuhan Kebajikan ini telahpun dipersetujui sebulat suara oleh semua Jawatankuasa Kelab semasa mesyuarat kebajikan di Batang Merbau Pada 29 Dis 2011 jam 9.00 malam.


5.         Walaubagaimanapun pada peringkat awal ini Kelab hanya mampu melaksanakan hal-hal kebajikan ahli perihal
           
a.         Kematian
                        -           Ahli
                        -           Pasangan
                        -           Anak-anak
                        -           Ibu/bapa
           
b.         Keilatan
                        -           Aktiviti rasmi kelab
                        -           Biasa
           
c.         Harta benda
                        -           Aktiviti rasmi kelab
                        -           Biasa

6.         Kebajikan ini tidak boleh disamaertikan dengan khairat kematian, kerana ianya meliputi perbagai maksud kebajikan yang telah digariskan dan ditetapkan, kerana khairat bermaksud hanya untuk kematian sahaja.

7.         Walauapapun dari masa kesemasa pihak Jawatankuasa Biro Kebajikan sentiasa mengkaji sumbangan kebajikan untuk ahli-ahli kelab dari masa kesamasa dan bergantung kepada kekuatan dana kebajikan yang diperuntukan oleh kelab.

SUMBANGAN KEBAJIKAN

8.         Semua ahli-ahli Kelab SKTMJ yang mendaftarkan diri didalam Biro Kebajikan Kelab SKTMJ akan disahkan sebagai  Ahli Biro Kebajikan dan layak menerima sumbangan kebajikan dari Kelab.

9.         Ahli  hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha Biro Kebajikan atas permasalahan kebajikan yang dihadapinya.  Ini untuk memudahkan Setiausaha Biro Kebajikan menyemak status ahli supaya dapat direkodkan serta mengkategorikan masalah kebajikan ahli dan seterusnya pihak pengurusan akan menguruskan sumbangan secepat mungkin sampai ketangan ahli tersebut.

10.       Sekiranya ahli tidak berkemampun memaklumkan perkara tersebut, wakil beliau hendaklah memaklumkan terus kepada Setiausaha Biro Kebajikan atau Jawatankuasa zon kebajikan  berdekatan yang telah dilantik untuk menguruskan hal-hal kebajikan ahli-ahlinya.

11.       Berikut adalah kelayakan sumbangan kebajikan yang akan diberi kepada ahli-ahli kebajikan setelah disahkan layak dan mengikut kelasifikasi kes

12.       Kelab hanya akan menyumbang sumbangan kepada nama-nama waris yang tercatit didalam borang pendaftaran masuk Ahli Biro Kebajikan sahaja.


Kematian
Keilatan
Harta Benda


Ops
Biasa
Ops
Biasa
Ahli
500.00
300.00
50.00
300.00
50.00
Pasangan
300.00
-
-
-
-
Anak
200.00
-
-
-
-
Ibu/bapa
100.00
-
-
-
-

DEFINISI KELAYAKAN SUMBANGAN

13.       Kematian
            a.         Ahli                RM 500.00
            b.         Suami/isteri    RM 300.00
            c.         Anak-anak      RM 200.00
            d.         Ibu/bapa         RM 100.00



14.       Keilatan
            a.         Ops – Ahli yang menyertai operasi rasmi kelab SKTMJ, mendapat kecederaan yang parah dan dimasukkan kehospital serta disahkan oleh doktor dan pegawai operasi kelab bahawa kecacatanya berpanjangan, maka kelab akan membayar sumbangan maxima RM 300.00 atau bergantung kepada persetujuan Jawatankuasa kebajikan menilai ketegori kecederaan beliau.

            b.         Biasa – Ahli dimasukkan kehospital atau terlantar dirumah disebabkan penyakit yang menghalang beliau mencari rezeki.

15.       Harta benda
            a.         Ops – Ahli yang menyertai operasi rasmi kelab SKTMJ, mengakibatkan hartabenda ahli seperti kenderaan, alat komunukasi dan lain-lain hilang atau rosak yang disahkan oleh Pegawai Operasi kelab, maka kelab akan membayar sumbangan maxima RM 300.00 atau bergantung kepada persetujuan Jawatankuas kebajikan menilai ketegori kerosakan atau kehilang hartabenda ahli tersebut.

            b.         Biasa – Hartabenda ahli, alat komunukasi radio hilang atau rosak dan melapurkan kepada Jawatankuasa Indok atau Jawatankuasa kebajikan atau Biro Keselamatan

KEAHLIAN

16.       Kelab SKTMJ telah menetapkan bahawa tiada paksaan untuk menyertai kebajikan ini, kelab hanya akan menerima pendaftaran ahli yang mendaftar secara sukarela sahaja.

17.       Untuk menyertai kebajikan ini, ahli mestilah terlebih dulu mendaftar sebagai ahli Kelab SKTMJ.

18.       Setiap ahli diwajibkan mengisi Borang Ahli Biro Kebajikan SKTMJ dengan memasukkan butir-butir peribadi dan tanggungan yangmana borang tersebut boleh didapati dari Setiausaha Biro Kebajikan atau Jawatankuasa zon yang telah dilantik.

YURAN

19.       Yuran pendaftaran permulaan setahun     -   RM 25.00

20.       Yuran setiap tahun  berikutnya                 -   RM 20.00    

21.       Bagi ahli-ahli yang telah membayar RM 5.00 semasa awal penubuhan kebajikan dulu, ia dikira telah mendaftar tetapi masih belum membayar RM 20.00, ia tidak dikira sebagai ahli dan tidak layak menerima sumbangan kebajikan.  Ahli biro kebajikan hanya dikira setelah membayar RM 25.00 atau membayar baki RM 20.00 dan membayar yuran keahlian biro kebajikan setiap tahun RM20.00.

KETETAPAN BAYARAN

22.       Semua kutipan yuran dari ahli akan diserah kepada Bendahari kebajikan untuk direkod dan diselaraskan bersama setiausaha kebajikan. 

23.       Bendahari kebajikan hanya dibenarkan memegang RM 500.00 tunai sahaja, manakala selebihnya ia mesti menyerahkan  kepada Bendahari Indok .

24.       Semua yuran tahunan hendaklah dijelaskan sehingga    30 Jan  setiap tahun, sekiranya gagal berbuat demikian ahli akan dianggap tiada lindungi Biro kebajikan.

25.       Setiap ahli hanya dibenarkan membuat tuntutan kebajikan hanya sekali dalam setahun.

PEMBATALAN KEAHLIAN

26.       Ahli-ahli yang dibatalkan keahliannya oleh Jawatankuasa indok SKTMJ, secara automatik keahlianya didalam biro kebajikan juga turut terbatal.

27.       Ahli-ahli biro kebajikan yang tidak berminat untuk meneruskan keahlian biro kebajikan atau ingin menarik diri bolehlah memohon keluar keahlian biro kebajikan dengan mengisi Borang Keluar Ahli Biro Kebajikan dan ahli tidak bolih menuntut kembali yuran yang telah dibayar selama itu.

Ulasan

BERITA TERKINI

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

20 Jun 2025 - SKTMJ BERDUKA: Kematian yang Dicemburui pada Penghulu Segala Hari

KUALA LONG, JUMAAT- 20 Jun 2025  – Dengan penuh rasa dukacita dan keinsafan, dimaklumkan bahawa Presiden Kelab SKTMJ telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang syahdu, jam 6:15 pagi, di kediaman beliau. Pemergian Allahyarham berlaku setelah tujuh hari pulang dari hospital akibat serangan strok.  Sesungguhnya, pemergian ini merupakan kematian yang dicemburui – pada hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terpelihara daripada azab kubur, satu kelebihan yang hanya dianugerahkan kepada insan-insan terpilih oleh Allah SWT. Allahyarham dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, yang banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan perpaduan ahli kelab SKTMJ. Seluruh warga SKTMJ dan penduduk sekitar menyifatkan pemergian beliau sebagai kehilangan besar yang sukar diganti. Jenazah akan dimandikan dan disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ku...

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

11 Jun 2025: Makan Pulut Durian Sambil Tahlil

Danau Tok Uban, Pasir Mas | 11 Julai 2025 (Jumaat) – Satu program santai namun penuh makna telah dianjurkan oleh Kelab Kesejahteraan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) di Danau Tok Uban, Pasir Mas. Program “Makan Pulut Durian & Tahlil Arwah” ini telah menghimpunkan lebih 10 orang Ahli SKTMJ serta Ahli Jawatankuasa (AJK) kelab bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dikhususkan buat Allahyarham Presiden SKTMJ Kuala Long 01 yang telah kembali ke rahmatullah. Bacaan tahlil ini adalah sebagai mengenang jasa dan amanat terakhir arwah yang pernah menyuarakan hasrat untuk menjamu ahli-ahli kelab dengan hasil durian miliknya pada musim ini. Hasrat mulia arwah itu telah direalisasikan oleh balu beliau, XYL Kuala Long 01, yang telah menyerahkan durian tersebut kepada wakil Pasir Mas 02 untuk diagihkan. Malah, beberapa ahli lain yang turut hadir ke majlis ini secara spontan turut menyumbang durian masing-masing bagi menambahk...