Langkau ke kandungan utama

4 April 2025 : QSO Pra Pencalonan dan Cara Mengisi Borang





SKTMJ SAH TARIKH MESYUARAT AGUNG KALI KE-7 – AKAN DIADAKAN DI PERGAU SAUNA HERBA

Kuala Long, 4 April 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) secara rasmi telah mengesahkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 bagi sesi 2025–2027 dalam satu majlis khas yang berlangsung secara dalam talian malam tadi.

Mesyuarat yang dijalankan melalui jalur rasmi frekuensi 143.835 MHz dan aplikasi Zello SKTMJ itu bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 10.17 malam.

Antara pengisian utama mesyuarat ialah taklimat pra-pencalonan jawatan tertinggi dan lima ahli jawatankuasa (AJK) yang disampaikan oleh Kota Bharu 10 dan Pasir Mas 02. Taklimat itu memberi penerangan mengenai kriteria kelayakan calon, tempoh perkhidmatan serta tatacara pencalonan dan pemilihan.

Majlis turut membuka ruang sesi soal jawab bersama ahli yang hadir, dengan beberapa persoalan berkisar tentang mekanisme pemilihan, peranan jawatan serta kaedah penggantian jawatankuasa jika berlaku kekosongan.

Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian dan pengesahan rasmi oleh Pengerusi SKTMJ, Tuan Haji Baharuddin bin Daud, yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi komitmen tinggi demi kelangsungan kelab dan kesejahteraan komuniti.

Semoga kita semua akan membuat pencalonan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan Kuasa yang benar-benar berkaliber dan mampu memacu perkembangan Kelab ke arah yang lebih baik.


MESRA  |  SAHABAT  |   KESELAMATAN

Ulasan

BERITA TERKINI

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

8 April 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ

 PROGRAM ZIARAH KASIH BIRO KEBJIKAN SKTMJ 2025 Tanah Merah, 8 April: Program yang telah dirancang oleh AJK Biro Kebajikan SKTM diteruskan dengan menziarahi ahli yang terlantar sakit di Kampung Batu 11 pada hari ini. Bermula sekitar jam 5 petang, rombongan Biro Kebajikan SKTMJ yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, Hj Baharuddin Daud (Kuala Long01), diiringi oleh Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ, Tepi Sungai 65, bersama beberapa AJK dan ahli SKTMJ, telah memulakan ziarah pertama ke rumah Puan Hasenu (Batu11-71) yang menghidapi penyakit saraf di Kampung Batu 11. Selepas beberapa minit berlalu, rombongan meneruskan ziarah ke rumah XYL kepada Tanah Merah 41, yang rumahnya hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Beliau kini menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Penyerahan sumbangan kebajikan diwakilkan terus kepada Tuan Pengerusi (Kuala Long01) dengan diiringi oleh Bendahari Biro, Tepi Sungai 65 dan disaksikan oleh ahli rombangan. Turut bersama dalam rombongan petang tadi i...

8 Mac 2025: Majlis Iftar & Solat Terawih Kasih SKTMJ 2025 meriah!

Majlis Iftar & Terawih Kasih SKTMJ 2025 Meriah di Padang Merdeka MDTM Tanah Merah, 8 Mac 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah menganjurkan Majlis Iftar & Terawih Kasih 2025 di Padang Merdeka, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) . Acara yang berlangsung pada petang Sabtu ini mendapat sambutan meriah walaupun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana komitmen tertentu. Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran ahli-ahli kelab dari pelbagai kawasan termasuk Tanah Merah, Machang, Jeli dan beberapa daerah lain. Para hadirin membawa pelbagai jenis juadah secara potluck , menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka puasa. Antara tetamu yang hadir termasuk: Pok Presiden (Pengerusi SKTMJ) Gading 01 Kemahang 107 Tok Uban 02 Manal 203 L. Cekok Pak Od Tok Ayah CTK 53 P. Puteh Paksu P. Mas P. Ujang Ipoh 11 Kemahang 310 Bechah Laut 05 Bechah Laut 21 Bujuk 03 Bechah Laut 02 P. Cdg 19 Klewek 01  Kok Lanas 79 Chetok 41 Sat 17 Gobe...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

26 April 2025: Mesyuarat Agung SKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...