Home » » LAPURAN OPS BIL 03/12

LAPURAN OPS BIL 03/12

Written By sktmj on Sunday, 20 May 2012 | 12:54:00 pm

LAPURAN OPS BIL 03/12
TARIKH KEJADIAN:01/05/2012. HARI: SELASA.  MASA:ANTARA JAM 7.30-11.30MLM.
DAERAH:KOTA BHARU.
LAPURAN RINGKASAN KEJADIAN: PADA 01/05/2012 JAM L/KURANG 5.30 PTG SATU KEJADIAN SAMUN KENDERAAN JENIS MITSUBISHI TRITON TELAH TERJADI DI KAWASAN TENDONG SEBAGAIMANA BUNUT SUSU REPOT 499/2012. EKORON DARI KEJADIAN TERSEBUT, SATU MAKLUMAT  TELAH DITERIMA DARI PIHAK IPD PASIR MAS MENGATAKAN KENDERAAN TERSEBUT DIKESAN BERADA DI KAWASAN JALAN TANI WAKAF CHE YEH KOTA BHARU DAN MEMINTA BANTU AHLI-AHLI SKTMJ UNTUK MEMBUAT PEMANTAUAN. GERAKAN OPERASI DIBUKA SERTA MERTA DAN MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI KEPADA AHLI-AHLI SKTMJ . L/KURANG JAM 7.30 MALAM, SATU RAKAN SKTMJ  TELAH BERJAYA MENGESAN SASPEK BERADA DI KAWASAN MELOR MENGHALA KE KOK LANAS DAN MULA MENGEKORI DAN MEMAKLUMKAN GERAKAN OPERASI SKTMJ MELALUI RADIO HANDY,  BEBERAPA RAKAN SKTMJ YANG LAIN MULA MEMBERIKAN BANTUAN MENGEKORI SASPEK DISAMPING MELAPORKAN KEPADA GERAKAN SKTMJ UNTUK DIMAKLUMKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN DAN JUGA PIHAK BERKUASA.
WALAUPUN OPERASI INI GAGAL MENCAPAI MATLAMAT YANG SEBENAR ATAS FAKTOR-FAKTOR YANG TIDAK  DAPAT DINYATAKAN. PADA KESELURUHANNYA SIKAP AHLI-AHLI SKTMJ PATUT DIPUJI INI KERANA MEREKA BERTINDAK PANTAS KETEMPAT KEJADIAN YANG DIMAKSUDKAN WALAUPUN JAUH SEPERTI DARI MACHANG, PASIR MAS, KOTA BHARU DAN TANAH MERAH. DISAMPING KOMITMEN YANG TINGGI DITUNJUKKAN OLEH RAKAN-RAKAN SANGGUP MENGHADAPI BAHAYA.

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © 2011. S K T M J WEBSITE . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme