Langkau ke kandungan utama

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung

Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini.






Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin, manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater.

Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07, serta seorang rakan teknikal swasta, manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41).

Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300, yang diperuntukkan seperti berikut:

  • RM100 untuk kru Melor 01

  • RM100 untuk kru Lawang 07

  • RM50 untuk rakan swasta

  • RM50 untuk penggunaan kenderaan pacuan 4 roda








Oleh itu, pihak AJK SKTMJ mengalu-alukan sebarang sumbangan dan penyertaan ke dalam program SKTMJ BIZ bagi menambah dana simpanan yang amat diperlukan untuk memastikan repeater dapat terus beroperasi dengan baik.








Kotak Repeater Yang Sudah Usang


Keadaan Bateri - Mungkin perlukan penukaran kepada bateri baru



Keadaan Panel Solar yang dibadai ribut kuat



Kos penyelenggaraan yang semakin meningkat akibat kenaikan harga semasa memerlukan peruntukan yang agak besar untuk jangka masa panjang. Setakat pagi tadi, anggota pasukan PUNCAK telah berusaha mengurangkan kos pembaikan dengan memodifikasi peralatan sedia ada agar mampu bertahan dalam cuaca ekstrem.

Seruan ini ditujukan kepada semua ahli SKTMJ dan penyokong keselamatan komuniti, agar dapat turut sama menyumbang ke Tabung Penyelenggaraan Repeater SKTMJ, demi memastikan sistem komunikasi kecemasan ini terus berfungsi sebagai nadi keselamatan kawasan pedalaman.

DAPATKAN MAKLUMAT SUMBANGAN DARI PASIR MAS 02






MESRA |  SAHABAT |  KESELAMATAN


Ulasan

BERITA TERKINI

8 Mac 2025: Majlis Iftar & Solat Terawih Kasih SKTMJ 2025 meriah!

Majlis Iftar & Terawih Kasih SKTMJ 2025 Meriah di Padang Merdeka MDTM Tanah Merah, 8 Mac 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah menganjurkan Majlis Iftar & Terawih Kasih 2025 di Padang Merdeka, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) . Acara yang berlangsung pada petang Sabtu ini mendapat sambutan meriah walaupun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana komitmen tertentu. Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran ahli-ahli kelab dari pelbagai kawasan termasuk Tanah Merah, Machang, Jeli dan beberapa daerah lain. Para hadirin membawa pelbagai jenis juadah secara potluck , menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka puasa. Antara tetamu yang hadir termasuk: Pok Presiden (Pengerusi SKTMJ) Gading 01 Kemahang 107 Tok Uban 02 Manal 203 L. Cekok Pak Od Tok Ayah CTK 53 P. Puteh Paksu P. Mas P. Ujang Ipoh 11 Kemahang 310 Bechah Laut 05 Bechah Laut 21 Bujuk 03 Bechah Laut 02 P. Cdg 19 Klewek 01  Kok Lanas 79 Chetok 41 Sat 17 Gobe...

majlis perjumpaan dgn IPD t merah 14 nov 11

1 Jan 2025: SKTMJ BUKA TIRAI 2025 DENGAN MESYUARAT AJK INDUK

Tanah Merah, 1 Januari 2025 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa SKTMJ yang berlangsung di Restoran Pizza Muslim telah menyaksikan beberapa keputusan penting dibuat bagi memastikan kelancaran operasi persatuan serta memupuk disiplin dalam kalangan ahli. Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden Haji Baharuddin Daud, yang dalam ucapan pembukaannya menekankan perlunya komitmen ahli untuk memastikan persatuan terus berkembang. Seramai 12 orang AJK telah hadir mencukupkan korum untuk membuat keputusan dan perlaksanaan. Keputusan Utama Mesyuarat Pembaharuan Keahlian Ahli yang tamat keahlian kurang dari dua tahun masih dianggap ahli aktif dan perlu membayar yuran sebanyak RM50 (RM20 yuran tahunan, RM20 tambahan, dan RM10 kebajikan). Bagi ahli yang tamat lebih dua tahun, pendaftaran baru diwajibkan dengan bayaran RM80. Callsign Rawak Bagi pendaftaran baru, callsign akan diberikan secara rawak oleh pendaftar. Callsign lama tidak boleh digunakan semula jika ahli gagal memperbaharui keahlian melebihi dua ...

11 Jun 2025: Makan Pulut Durian Sambil Tahlil

Danau Tok Uban, Pasir Mas | 11 Julai 2025 (Jumaat) – Satu program santai namun penuh makna telah dianjurkan oleh Kelab Kesejahteraan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) di Danau Tok Uban, Pasir Mas. Program “Makan Pulut Durian & Tahlil Arwah” ini telah menghimpunkan lebih 10 orang Ahli SKTMJ serta Ahli Jawatankuasa (AJK) kelab bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dikhususkan buat Allahyarham Presiden SKTMJ Kuala Long 01 yang telah kembali ke rahmatullah. Bacaan tahlil ini adalah sebagai mengenang jasa dan amanat terakhir arwah yang pernah menyuarakan hasrat untuk menjamu ahli-ahli kelab dengan hasil durian miliknya pada musim ini. Hasrat mulia arwah itu telah direalisasikan oleh balu beliau, XYL Kuala Long 01, yang telah menyerahkan durian tersebut kepada wakil Pasir Mas 02 untuk diagihkan. Malah, beberapa ahli lain yang turut hadir ke majlis ini secara spontan turut menyumbang durian masing-masing bagi menambahk...