Langkau ke kandungan utama

Keputusan RAE Sesi 2/2013

 Hari ini terjawab segala penantian rakan-rakan yang mengambil RAE Sesi 2/2013 tempohari. Hilang sudah debaran dan kegusaran yang ditanggung selama sebulan yang lepas setelah selesai menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 19hb Disember 2013.
Kok Lanas 11 berumur 79 tahun
Salah seorang calon tertua dari Kelab SKTMJ

Jumlah ahli SKTMJ yang mengambil RAE pada sesi lalu agak berkurangan, namun semangat para tenaga pengajar untuk membimbing mereka semua tidak pernah luntur. Walaupun persediaan kelas untuk menghadapi peperiksaan tidak berjalan sehebat dulu, namun kecekalan tenaga pengajar yang tak pernah mengenal erti jemu, disamping calon-calon yang penuh bersemangat telah membuahkan hasil yang amat memberangsangkan. Daripada kesemua jumlah yang menghadiri peperiksaan, boleh dikatakan 85% telah LULUS.
Pasir Mas 20, Kusial 29 dan Bukit Tiu 

Pasir Mas 20, Kok Lanas 11, Gading 19, Wakaf Bata 02, Chetok 27, Pasir Puteh 02 dan Tanah Merah 41. Penulis sekadar menyebut beberapa calon yang telah lulus memandangkan senarai lengkap berada ditangan pegawai pendaftar.
Antaran rakan-rakan yang mengiringi calon ke UMT
ketika singgah untuk makan tengahari di Setiu.

Syabas dan tahniah kepada kesemua calon yang lulus, yang gagal usah berputus asa. Gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Tak lupa ucapan tahniah kepada pihak tenaga pengajar SKTMJ yang telah sekali lagi berjaya melahirkan pengendali radio amatur berlesen. Diharapkan kepada calon-calon yang berjaya akan terus mengamalkan apa yang telah dipelajari dan menjaga nama baik kelab apabila melebarkan sayap anda nanti.

 BIASA-BIASAKAN YANG BETUL. BETUL-BETULKAN YANG BIASA.


Sekian dari penulis.

Salam Sejahtera

Posted via Blogaway

Ulasan

BERITA TERKINI

18 April 2025: ZIARAH KASIH GOK KAPUR & PAUH LIMA

  Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ Santuni Sahabat Uzur di Bachok dan Kota Bharu Bachok, 19 April 2025 – Program Ziarah Kasih anjuran Biro Kebajikan SKTMJ sekali lagi mengorak langkah dalam menyantuni sahabat-sahabat yang sedang diuji kesihatan. Pada hari ini, dua buah rumah telah diziarahi melibatkan dua daerah utama iaitu Bachok dan Kota Bharu . Ziarah pertama telah berlangsung di Kg Pauh Lima, Bachok , tepatnya di rumah Pauh   Lima 22 , diikuti dengan kunjungan ke kediaman  Gok Kapur 01 di daerah Kota Bharu. Program ini telah diketuai oleh Pasir Mas 02 , iaitu Cik Ujang Bin Omar , Pemangku Setiausaha SKTMJ, yang mengetuai seramai lebih kurang 10 orang ahli Biro Kebajikan SKTMJ dalam misi penuh kasih sayang ini. Program bermula sekitar jam 4.00 petang dan diselaraskan dengan penuh teratur. Kehadiran ahli yang bersemangat menjadikan program ini lebih bermakna dan mencerminkan kekuatan ukhuwah dalam kalangan warga SKTMJ. Menurut wakil Biro Kebajikan, kunjungan ...

26 April 2025: Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

Sejarah Penubuhan SKTMJ

  SEJARAH Kelab ini telah ditubuhkan pada 20 September 2008 (Sabtu) dan mengadakan mesyuarat pemilihan AJK pertama di Bilik Gerakan Rukun Tetangga Bt.11 , bersempena dengan Hari Keluarga KRT Bt.11 . Sejak penubuhannya, kelab ini aktif dalam membantu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam kawalan keselamatan kampung di tiga daerah utama , iaitu Jeli, Tanah Merah, dan Machang . Dalam operasi rondaan dan komunikasi, kelab menggunakan Radio Amatur melalui repeater SRS yang berpusat di Kota Bharu , serta hubungan simplex untuk kawasan setempat. OBJEKTIF Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dan pemilik Radio Amatur. Melatih ahli dalam komunikasi radio amatur , termasuk latihan penggunaan, kelas pembelajaran, serta bimbingan untuk menduduki RAE (Radio Amateur Examination) setiap kali peperiksaan diadakan. Membantu pihak keselamatan seperti Polis dan badan berkaitan dalam usaha mengawal jenayah di kampung masing-masing. Melaksanakan kerja amal dan kebajikan ...