Langkau ke kandungan utama

19 OKTOBER 2024 - PROGRAM KESELAMATAN #rose_care Jaringan Strategik Tahun 2024

 


IPD JELI, 19 Okt 2024: Seawal jam 8.00 pagi, Dewan Terbuka IPD Jeli dipenuhi dengan semangat para peserta Program yang julung-julung kalinya diadakan di dewan ini, hasil kerjasama antara IPD Daerah Jeli, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan, dan Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ).

Pendaftaran program kali ini membawa pendekatan baharu apabila pihak #ROS_care menggunakan sistem QR Code untuk pendaftaran kehadiran secara digital, yang memudahkan peserta untuk mendaftar melalui Google Form.









Gambar & Video: Ahli-ahli SKTMJ sedang mendaftar menggunakan sistem QR Code Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan.

Dengan kehadiran seramai 93 orang ahli dari seluruh Negeri Kelantan, program ini mencipta sejarah tersendiri apabila Kelab SKTMJ melebihi sasaran awal yang ditetapkan, iaitu hanya 70 orang. Ini adalah bukti kukuh silaturrahim antara ahli SKTMJ. Program ini meriah dan penuh berkat, Alhamdulillah

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat bagi memastikan kelancaran program. Ceramah pertama disampaikan oleh penceramah jemputan, En. Mohamad Nizam bin Yahya dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Putrajaya. Tajuk yang dibawakan beliau, “Risiko Jenayah Pengubahan Wang Haram (ML) & Pembiayaan Keganasan (TF)”, merangkumi pelbagai isu penting yang perlu difahami oleh semua peserta.


Gambar: En. Mohamad Nizam Bin yahya (ROS Putrajaya)


Tajuk yang dibawakan oleh beliau adalah Risiko Jenayah Pengubahan Wang Haram (ML) & Pembiayaan Keganasan (TF). 

Berikut adalah ringkasan seringkas mungkin daripada slaid topik yang telah kongsikan oleh beliau di Majlis tersebut bertajuk Risiko Jenayah Pengubahan Wang Haram (ML) & Pembiayaan Keganasan (TF) untuk sektor pertubuhan atau organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO):

  1. Matlamat Program:

    • Memahami pengubahan wang haram (ML) dan pembiayaan keganasan (TF).
    • Mengenal pasti penyalahgunaan pertubuhan/NPO.
    • Mengetahui risiko dan landskap pembiayaan keganasan di Malaysia yang melibatkan NPO.
  2. Definisi Pembiayaan Keganasan (TF):

    • Proses membiayai aktiviti pengganas melalui sumber sah atau tidak sah.
    • Kaedah: penculikan, pemindahan dana kecil melalui kewangan, jongkong emas, dan penipuan dana NPO.
  3. Landskap Keganasan di Malaysia:

    • Ancaman pembiayaan keganasan di Malaysia melibatkan pengiriman wang ke luar negara dalam amaun kecil.
    • Kegiatan melibatkan dana sah seperti gaji dan derma, serta menggunakan media sosial untuk mengumpul dana.
  4. Penyalahgunaan NPO:

    • NPO sering dieksploitasi oleh pengganas untuk memindahkan dana, memberi sokongan logistik, dan merekrut ahli.
    • Contoh penyalahgunaan: NPO di Indonesia dan Thailand yang digunakan untuk menyokong aktiviti militan.
  5. Tanda Amaran Penyalahgunaan NPO:

    • Kaitan dengan entiti yang disenarai hitam.
    • Penggunaan akaun bank peribadi untuk dana NPO.
    • Transaksi yang mencurigakan dan laporan media negatif.
  6. Amalan Terbaik untuk Melindungi NPO:

    • Memastikan ketelusan kewangan, melaksanakan kawalan dalaman yang kukuh, dan memantau aliran dana.
    • Mengelakkan berurusan dengan pihak berkaitan pengganas.
    • Sentiasa melaporkan projek dan audit kewangan secara berkala.
  7. Pengubahan Wang Haram (ML):

    • Proses menukar wang haram menjadi wang sah melalui penempatan, pelapisan, dan pengintegrasian.
    • Aktiviti pengubahan wang haram termasuk deposit wang kecil, pembelian barang kemas, dan hartanah.
  8. Kesan Pengubahan Wang Haram:

    • Meningkatkan jenayah, melemahkan kepercayaan pelabur, dan menjejaskan ekonomi negara.


Jangan Cemarkan Motto "Jeli Bandar Bahagia"

Dalam sesi kedua, Suptritenden Polis Saari Bin Yaacob membentangkan isu keselamatan yang mendesak di daerah Jeli. Meskipun diiktiraf sebagai Daerah Paling Bahagia dengan anugerah bertaraf dunia, Jeli kini berdepan dengan peningkatan jenayah, khususnya berkaitan dadah dan penipuan scammer.
Pihaknya mengingatkan bahawa tindakan segera dan berterusan diperlukan untuk membanteras penyalahgunaan dadah, termasuk penggunaan Air Ketum yang dicampurkan dengan bahan berbahaya. Ancaman scammer juga semakin meruncing, di mana seorang mangsa dari Jeli mengalami kerugian lebih RM50,000 akibat penipuan.





Ucapan Alu-aluan Presiden SKTMJ

Dalam ucapan alu-aluan, Ustaz Baharudin Bakar, Presiden SKTMJ, mengungkapkan harapan agar program seperti ini diteruskan sebagai acara tahunan untuk memberikan input berharga kepada ahli SKTMJ.



Video Ucapan Presiden SKTMJ: (Maaf atas masalah teknikal pada video, namun audio masih berfungsi untuk diperdengarkan)

Cabutan Bertuah

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan hamper kepada 10 orang peserta yang bertuah,.




Ucapan Perasmian

Majlis berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Kelantan Puan Dalila Diyana bt Mat Zaid tepat jam 1.02 petang tadi sebelum azan Zohor.

Makan Tengahari dan Bersurai






Majlis bersurai selepas menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur.

Akhir Kalam

Semoga acara ini menjadi platform berterusan untuk meningkatkan kerjasama antara pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan PDRM dalam menangani jenayah dan bencana alam. Akhir kata, seperti yang dinyatakan oleh Tuan Supt. Saari, “Pihak Polis sangat berharap agar SKTMJ terus maju dan meneruskan peranan mereka dalam membantu pihak berkuasa.”


#####################################


**MAKLUMAN**

Pihak PDRM menyeru semua rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli SKTMJ untuk memuat turun dan memasang aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) ke telefon pintar anda semua untuk memudahkan urusan hanya dari hujung jari. 

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan inovasi baru oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis.

 Antara maklumat dan aduan adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

 Modul yang terdapat dalam Volunteer Smartphone Patrol adalah:

1. Aduan - Menyalurkan maklumat kepada pihak polis

2. Balik kampung - Menghantar maklumat balik kampung kepada pihak polis untuk memudahkan pihak polis untuk membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa.

3. Direktori - senarai alamat dan no telefon ibu pejabat polis kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapat matlumat dan perkhidmatan. Ianya juga dilengkapi dengan Google Maps.

 Pengguna telefon pintar android boleh memuat-turun aplikasi ini di Google Play dan pengguna iPhone pula di Apple App Store


Untuk pengguna telefon pintar Android, anda boleh tekan link di bawah untuk memuat turun aplikasi PERCUMA ini.







Ulasan

BERITA TERKINI

8 April 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ

 PROGRAM ZIARAH KASIH BIRO KEBJIKAN SKTMJ 2025 Tanah Merah, 8 April: Program yang telah dirancang oleh AJK Biro Kebajikan SKTM diteruskan dengan menziarahi ahli yang terlantar sakit di Kampung Batu 11 pada hari ini. Bermula sekitar jam 5 petang, rombongan Biro Kebajikan SKTMJ yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, Hj Baharuddin Daud (Kuala Long01), diiringi oleh Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ, Tepi Sungai 65, bersama beberapa AJK dan ahli SKTMJ, telah memulakan ziarah pertama ke rumah Puan Hasenu (Batu11-71) yang menghidapi penyakit saraf di Kampung Batu 11. Selepas beberapa minit berlalu, rombongan meneruskan ziarah ke rumah XYL kepada Tanah Merah 41, yang rumahnya hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Beliau kini menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Penyerahan sumbangan kebajikan diwakilkan terus kepada Tuan Pengerusi (Kuala Long01) dengan diiringi oleh Bendahari Biro, Tepi Sungai 65 dan disaksikan oleh ahli rombangan. Turut bersama dalam rombongan petang tadi i...

1 Jan 2025: SKTMJ BUKA TIRAI 2025 DENGAN MESYUARAT AJK INDUK

Tanah Merah, 1 Januari 2025 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa SKTMJ yang berlangsung di Restoran Pizza Muslim telah menyaksikan beberapa keputusan penting dibuat bagi memastikan kelancaran operasi persatuan serta memupuk disiplin dalam kalangan ahli. Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden Haji Baharuddin Daud, yang dalam ucapan pembukaannya menekankan perlunya komitmen ahli untuk memastikan persatuan terus berkembang. Seramai 12 orang AJK telah hadir mencukupkan korum untuk membuat keputusan dan perlaksanaan. Keputusan Utama Mesyuarat Pembaharuan Keahlian Ahli yang tamat keahlian kurang dari dua tahun masih dianggap ahli aktif dan perlu membayar yuran sebanyak RM50 (RM20 yuran tahunan, RM20 tambahan, dan RM10 kebajikan). Bagi ahli yang tamat lebih dua tahun, pendaftaran baru diwajibkan dengan bayaran RM80. Callsign Rawak Bagi pendaftaran baru, callsign akan diberikan secara rawak oleh pendaftar. Callsign lama tidak boleh digunakan semula jika ahli gagal memperbaharui keahlian melebihi dua ...

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

26 April 2025: Mesyuarat Agung SKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...

8 Mac 2025: Majlis Iftar & Solat Terawih Kasih SKTMJ 2025 meriah!

Majlis Iftar & Terawih Kasih SKTMJ 2025 Meriah di Padang Merdeka MDTM Tanah Merah, 8 Mac 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah menganjurkan Majlis Iftar & Terawih Kasih 2025 di Padang Merdeka, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) . Acara yang berlangsung pada petang Sabtu ini mendapat sambutan meriah walaupun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana komitmen tertentu. Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran ahli-ahli kelab dari pelbagai kawasan termasuk Tanah Merah, Machang, Jeli dan beberapa daerah lain. Para hadirin membawa pelbagai jenis juadah secara potluck , menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka puasa. Antara tetamu yang hadir termasuk: Pok Presiden (Pengerusi SKTMJ) Gading 01 Kemahang 107 Tok Uban 02 Manal 203 L. Cekok Pak Od Tok Ayah CTK 53 P. Puteh Paksu P. Mas P. Ujang Ipoh 11 Kemahang 310 Bechah Laut 05 Bechah Laut 21 Bujuk 03 Bechah Laut 02 P. Cdg 19 Klewek 01  Kok Lanas 79 Chetok 41 Sat 17 Gobe...