Langkau ke kandungan utama

22 Okt 2024 ~ SIMULASI PENGENDALIAN BOT DAN TEKNIK MENYELAMAT MANGSA BANJIR



Tanah Merah, 22 Oktober 2024
– Lima ahli Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) dari pelbagai biro menyertai program latihan intensif bersama lebih 150 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan sukarelawan, bermula hari ini di Kampung Paloh, Bukit Panau, Sungai Kelantan. 
Mereka adalah terdiri dari Gual Mesa-02, Malai-01, Air Naga-01, Lawang-07 & Kemahang3-10.


 




Program dua hari yang dianjurkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tanah Merah (NADMA TM) ini turut disertai oleh agensi seperti PDRM, ATM, PTJ, JPAM, RELA, PKD, Bomba, TNB, dan sukarelawan daerah. Modul latihan merangkumi pemeriksaan teori bot/enjin, pengendalian bot secara praktikal, serta latihan "Water Confidence" dan teknik menyelamat yang dijadualkan berlangsung pada hari kedua.







Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan peserta dalam menghadapi situasi bencana alam, terutamanya banjir yang dijangka melanda tidak lama lagi. Diharapkan peserta dari SKTMJ berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan mampu membantu komuniti dalam usaha menyelamat pada masa akan datang.




Pihak SKTMJ ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak NADMA & Sukarelawan Tanah Merah kerana kesudian menjemput kami menyertai Program yang sangat-sangat penting dan berilmiah ini. Semoga dengan ilmu yang diperolehi dapatlah kami menjalankan usaha bantuan kepada mangsa bencana alam tidak hanya di komuniti kami sahaja. Mungkin dapat membantu di komuniti yang lain juga. 


ACARA WATER CONFIDENCE






  






Ucapan TAHNIAH kepada lima (5) orang ahli SKTMJ yang terpilih untuk menyertai Simulasi tersebut.

Mesra | Sahabat | Keselamatan


www.sktmj.com




Ulasan

BERITA TERKINI

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

Ahli Biasa

9W2ASO 9W2CDH 9W2SNO 9W2NFQ 9W2MVB 9W2PPT 9W2HBF 9W2FBH 9W2GXX 9W2GGH 9W2CNY 9W2ZOA 9W2ARR 9W2NTY 9W2SDF 9W2ROJ 9W2POE 9W2IPB 9W2SUC 9W2TAA

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA