Langkau ke kandungan utama

10 Novermber 2024 - Mewakili SKTMJ ke Operasi Pemindahan Gajah di Dendong, Batu Melintang Jeli

Operasi Pemindahan Gajah Liar di Taman Rekreasi Dendong Mendapat Sokongan Penuh

Jeli, 10-12 November 2024 Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya mengendalikan operasi pemindahan lima ekor gajah liar di Taman Rekreasi Dendong, Batu Melintang, Jeli, yang berlangsung selama tiga hari. Operasi ini melibatkan dua ekor gajah denak terkenal, Abot dan Sanum, yang didatangkan khas dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Pahang, bagi membantu menjinakkan sekumpulan gajah liar, termasuk seekor anak gajah yang masih menyusu.

Pada hari pertama, dua ekor gajah berjaya dipindahkan ke lokasi selamat di Pusat Konservasi Gajah Tasik Kenyir, Terengganu, diikuti dengan seekor lagi pada hari kedua. Operasi terpaksa dihentikan sebentar pada hari kedua untuk memberi laluan kepada pasukan Perhilitan menziarahi seorang pemandu mereka yang telah meninggal dunia, menunjukkan solidariti mereka terhadap rakan sekerja (Al-Fatihah dibacakan).

Pada hari ketiga, operasi ini mendapat kunjungan mengejut daripada tetamu penting, iaitu Pengarah Perhilitan Negeri Kelantan, En. Hafid bin Rohani. Kehadiran beliau memberikan sokongan moral yang besar kepada pasukan yang bertugas di lapangan. En. Hafid, yang terkenal dengan sifat peramah dan rendah diri, turut meluangkan masa beramah mesra bersama ahli SKTMJ yang hadir. Wakil SKTMJ, Pergau 03, sempat bergambar bersama beliau sebagai kenangan bagi momen istimewa ini.



Operasi ini juga turut dihadiri oleh Nik Aidil Marina Nik Sapeia, isteri kepada bekas Ketua Jajahan Jeli, Nik Raisnan Daud yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Jajahan Gua Musang. Kehadiran beliau memberikan sokongan tambahan kepada pihak Perhilitan dalam melaksanakan tugas penting ini.








Dengan kerjasama erat antara Perhilitan, komuniti setempat, dan pihak keselamatan SKTMJ, operasi pemindahan gajah liar ini membuktikan komitmen untuk melestarikan ekosistem semula jadi serta memastikan keselamatan penduduk dan keseimbangan alam sekitar di kawasan Jeli. ~ Unit Media SKTMJ

Ulasan

BERITA TERKINI

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

11 Jun 2025: Makan Pulut Durian Sambil Tahlil

Danau Tok Uban, Pasir Mas | 11 Julai 2025 (Jumaat) – Satu program santai namun penuh makna telah dianjurkan oleh Kelab Kesejahteraan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) di Danau Tok Uban, Pasir Mas. Program “Makan Pulut Durian & Tahlil Arwah” ini telah menghimpunkan lebih 10 orang Ahli SKTMJ serta Ahli Jawatankuasa (AJK) kelab bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dikhususkan buat Allahyarham Presiden SKTMJ Kuala Long 01 yang telah kembali ke rahmatullah. Bacaan tahlil ini adalah sebagai mengenang jasa dan amanat terakhir arwah yang pernah menyuarakan hasrat untuk menjamu ahli-ahli kelab dengan hasil durian miliknya pada musim ini. Hasrat mulia arwah itu telah direalisasikan oleh balu beliau, XYL Kuala Long 01, yang telah menyerahkan durian tersebut kepada wakil Pasir Mas 02 untuk diagihkan. Malah, beberapa ahli lain yang turut hadir ke majlis ini secara spontan turut menyumbang durian masing-masing bagi menambahk...