Langkau ke kandungan utama

14 DISEMBER 2024: SKTMJ RAIKAN HERO SKTMJ DI MAJLIS MAKAN MALAM

 

14 Disember 2024, Tanah Merah: Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam bagi memberikan penghargaan khas kepada "Hero SKTMJ" yang telah menunjukkan dedikasi tinggi dengan mengorbankan masa, tenaga, dan wang peribadi dalam Ops Banjir '24, sempena gelombang kedua Bencana Banjir Monsun Timur Laut baru-baru ini.

Majlis tersebut berlangsung dengan meriah di Kedai Roti Tempayan, Belimbing, Tanah Merah, dihadiri lebih 60 orang, termasuk Ahli Jawatankuasa SKTMJ, Ahli Biro Kebajikan, "Hero SKTMJ," dan pasangan masing-masing. Program bermula pada jam 8:00 malam dan berakhir dengan suasana penuh mesra dan kenangan indah. Beberapa momen menarik turut dirakam sepanjang majlis, menjadikannya satu pertemuan yang bermakna.


Acara ini turut ditaja oleh YB Pasir Mas, dengan hanya 11 orang Hero yang terpilih untuk menerima penghargaan kali ini. Pemilihan dibuat berdasarkan KPI standard yang telah ditetapkan, di mana hanya mereka yang membawa nama SKTMJ dengan jelas dalam Ops Banjir layak menerima sijil tersebut.


Antara kriteria utama ialah memastikan penggunaan lambang SKTMJ semasa melaksanakan tugas, sama ada melalui pemakaian topi, baju, vest, mahupun paparan pada bot dan kenderaan. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan dan kehadiran SKTMJ dalam operasi kecemasan. Hero-Hero ini juga bertindak sebagai duta kecil yang membawa nama baik SKTMJ semasa operasi berlangsung.


Senarai Petugas Ops Banjir SKTMJ 2024


1. Chetok-16

2. Gual Mesa-02 

3. Air Naga-01 

4. Pasir Puteh-01 

5. Lawang-07 

6. Sat-17 

7. Pergau-03 

8. Lubuk Jong-26 

9. Banggol Chicha-01 

10. Lubuk Chekok-02

11. Batu Karang-02


Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang telah menjulang nama SKTMJ di mana sahaja berada. Tanpa usaha dan pengorbanan anda, SKTMJ tidak akan mampu berdiri megah seperti hari ini.


 "Anda adalah kebanggaan kami!"



MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN




  


 






 

 




Temui kami di Saluran Rasmi Unit Media SKTMJ di Tiktok

https://www.tiktok.com/@sktmjmedia?is_from_webapp=1&sender_device=pc



Ulasan

BERITA TERKINI

18 April 2025: ZIARAH KASIH GOK KAPUR & PAUH LIMA

  Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ Santuni Sahabat Uzur di Bachok dan Kota Bharu Bachok, 19 April 2025 – Program Ziarah Kasih anjuran Biro Kebajikan SKTMJ sekali lagi mengorak langkah dalam menyantuni sahabat-sahabat yang sedang diuji kesihatan. Pada hari ini, dua buah rumah telah diziarahi melibatkan dua daerah utama iaitu Bachok dan Kota Bharu . Ziarah pertama telah berlangsung di Kg Pauh Lima, Bachok , tepatnya di rumah Pauh   Lima 22 , diikuti dengan kunjungan ke kediaman  Gok Kapur 01 di daerah Kota Bharu. Program ini telah diketuai oleh Pasir Mas 02 , iaitu Cik Ujang Bin Omar , Pemangku Setiausaha SKTMJ, yang mengetuai seramai lebih kurang 10 orang ahli Biro Kebajikan SKTMJ dalam misi penuh kasih sayang ini. Program bermula sekitar jam 4.00 petang dan diselaraskan dengan penuh teratur. Kehadiran ahli yang bersemangat menjadikan program ini lebih bermakna dan mencerminkan kekuatan ukhuwah dalam kalangan warga SKTMJ. Menurut wakil Biro Kebajikan, kunjungan ...

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

26 April 2025: Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...

Sejarah Penubuhan SKTMJ

  SEJARAH Kelab ini telah ditubuhkan pada 20 September 2008 (Sabtu) dan mengadakan mesyuarat pemilihan AJK pertama di Bilik Gerakan Rukun Tetangga Bt.11 , bersempena dengan Hari Keluarga KRT Bt.11 . Sejak penubuhannya, kelab ini aktif dalam membantu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam kawalan keselamatan kampung di tiga daerah utama , iaitu Jeli, Tanah Merah, dan Machang . Dalam operasi rondaan dan komunikasi, kelab menggunakan Radio Amatur melalui repeater SRS yang berpusat di Kota Bharu , serta hubungan simplex untuk kawasan setempat. OBJEKTIF Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dan pemilik Radio Amatur. Melatih ahli dalam komunikasi radio amatur , termasuk latihan penggunaan, kelas pembelajaran, serta bimbingan untuk menduduki RAE (Radio Amateur Examination) setiap kali peperiksaan diadakan. Membantu pihak keselamatan seperti Polis dan badan berkaitan dalam usaha mengawal jenayah di kampung masing-masing. Melaksanakan kerja amal dan kebajikan ...