Langkau ke kandungan utama

28 Januari 2025: Ziarah Kaasih Tuan Presiden SKTMJ di Hospital Jeli

 Berita Biro Kebajikan

Jeli, 28 Januari 2025


Kuala Long 01 telah dikejarkan ke hospital apabila beliau tidak sedarkan diri di rumahnya di Kuala Long pada jam 11.50 pagi. Kebetulan, anggota MVR01 yang sedang bekerja mem"boring" air di belakang rumah (tapak projek Pusat Mandi Wap) diarahkan untuk memberikan rawatan kecemasan (first aid) kepada Kuala Long 01. Beliau kemudiannya disyakki menghidapi TIA (Transient Ischemic Attack).

Pada jam 12.00 tengah hari, beliau telah dikejarkan ke Unit Kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani imbasan CT Scan. Hasil keputusan menunjukkan bahawa beliau mengalami Mini Stroke atau TIA.ª

  

    




Sehingga berita ini dilaporkan, kadar tekanan darah dan gula Kuala Long 01 telah turun ke tahap yang selamat.

Lawatan seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa mencatatkan detik bermakna dan solidariti yang tinggi dalam mendoakan kesembuhan beliau.

#############################################

IKLAN

#############################################

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGISI TABUNG BIRO KEBAJIKAN
KELAB KESELAMATAN DAERAH TANAH MERAH, MACHANG DAN JELI
NEGERI KELANTAN

Sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti kebajikan Biro Kebajikan Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli boleh disalurkan ke akaun berikut:

Maybank Berhad

No. Akaun: 5530 5640 6441

Nama Akaun: Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli

 Selepas membuat transaksi, sila hantarkan slip pembayaran kepada Cik Ujang selaku Pemangku Setiausaha Kelab di talian 011-1500 6357 untuk pengesahan. Resit rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan diterima.

Sekiranya anda memerlukan resit rasmi bagi tujuan pengurangan cukai, sila nyatakan bersama maklumat penghantaran slip.

Setiap sumbangan anda amat dihargai dan akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan dan pembangunan masyarakat. Terima kasih atas sokongan anda!


###############################################

INFO KESIHATAN

###############################################


Nota (ª): 

TIA (Transient Ischemic Attack) adalah gangguan sementara pada aliran darah ke otak, menyebabkan gejala seperti strok, tetapi hanya berlangsung beberapa minit hingga beberapa jam tanpa kerosakan kekal pada otak. Ia sering dikenali sebagai mini-stroke dan merupakan amaran awal risiko strok sebenar.

Gejala TIA:

  • Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada satu bahagian badan.
  • Kesukaran bercakap atau memahami percakapan.
  • Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata.
  • Hilang keseimbangan atau koordinasi.
  • Pening kepala.



Punca:

  • Penyumbatan sementara pada saluran darah (sering disebabkan oleh pembekuan darah atau plak kolesterol).



Tindakan Penting:
  • Walaupun TIA bersifat sementara, ia adalah petanda serius. Segera dapatkan rawatan kerana risiko strok sebenar meningkat dalam waktu terdekat.

Pencegahan:

  • Kawal tekanan darah, kolesterol, dan gula darah.
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok, bersenam, dan makan makanan sihat.
  • Ambil ubat yang disarankan doktor, seperti pengencer darah.

TIA bukan boleh diabaikan; ia adalah "peringatan awal" tubuh untuk bertindak bagi mencegah keadaan yang lebih buruk.


~ UnitMedia SKTMJ

MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN

Ulasan

BERITA TERKINI

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

Ahli Biasa

9W2ASO 9W2CDH 9W2SNO 9W2NFQ 9W2MVB 9W2PPT 9W2HBF 9W2FBH 9W2GXX 9W2GGH 9W2CNY 9W2ZOA 9W2ARR 9W2NTY 9W2SDF 9W2ROJ 9W2POE 9W2IPB 9W2SUC 9W2TAA