8 April 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ

 PROGRAM ZIARAH KASIH BIRO KEBJIKAN SKTMJ 2025


Tanah Merah, 8 April:

Program yang telah dirancang oleh AJK Biro Kebajikan SKTM diteruskan dengan menziarahi ahli yang terlantar sakit di Kampung Batu 11 pada hari ini. Bermula sekitar jam 5 petang, rombongan Biro Kebajikan SKTMJ yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, Hj Baharuddin Daud (Kuala Long01), diiringi oleh Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ, Tepi Sungai 65, bersama beberapa AJK dan ahli SKTMJ, telah memulakan ziarah pertama ke rumah Puan Hasenu (Batu11-71) yang menghidapi penyakit saraf di Kampung Batu 11.







Selepas beberapa minit berlalu, rombongan meneruskan ziarah ke rumah XYL kepada Tanah Merah 41, yang rumahnya hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Beliau kini menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

Penyerahan sumbangan kebajikan diwakilkan terus kepada Tuan Pengerusi (Kuala Long01) dengan diiringi oleh Bendahari Biro, Tepi Sungai 65 dan disaksikan oleh ahli rombangan. Turut bersama dalam rombongan petang tadi ialah Kubang Besar03 bersama XYL, Kubang Besar02, Banggol Petai06, dan Pergau03. Acara ziarah bersurai sekitar jam 6 petang.





Biro Kebajikan dan Pengurusan SKTMJ mendoakan agar semua ahli yang sedang diuji dengan penyakit diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.



Untuk makluman semua ahli SKTMJ, pihak Pengurusan Biro Kebajikan menyeru kepada semua untuk menyertai Tabung Kebajikan SKTMJ.


SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGISI TABUNG BIRO KEBAJIKAN
KELAB KESELAMATAN DAERAH TANAH MERAH, MACHANG DAN JELI
NEGERI KELANTAN

Sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti kebajikan Biro Kebajikan Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli boleh disalurkan ke akaun berikut:

Bank: Maybank Berhad

No. Akaun: 5530 5640 6441

Nama Akaun: Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli

Selepas membuat transaksi, sila hantarkan slip pembayaran kepada Cik Ujang selaku Pemangku Setiausaha Kelab di talian 011-1500 6357 untuk pengesahan. Resit rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan diterima.

Sekiranya anda memerlukan resit rasmi bagi tujuan pengurangan cukai, sila nyatakan bersama maklumat penghantaran slip.

Setiap sumbangan anda amat dihargai dan akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan dan pembangunan masyarakat. 

Terima kasih atas sokongan anda!


#############################################




"Mesra | Sahabat | Keselamatan"

0 comments:

Catat Ulasan