BERITA KHAS SKTMJ
Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan
Tarikh: 17 Ogos 2025
Lokasi: Bukit Kemahang
- Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi.
- Penukaran solar controller dan distributor.
- Pembersihan kawasan sekitar repeater.
- Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07
- Seorang anggota swasta turut serta membantu
- Padang Siam 08 (1 unit)
- Jelatok 01
- Jelatok 07
- Jelatok 66 (1 unit)
Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak.
Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi:
Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang.
-
Bateri baharu (2 unit N70):
-
Peralatan penyambungan & aksesori repeater: Pasir Puteh 01
-
Sumbangan kewangan: Diterima daripada ahli-ahli SKTMJ yang prihatin
SKTMJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Squad PUNCAK serta semua ahli yang telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenaga, peralatan, bateri dan kewangan.
Penyelenggaraan repeater ini amat penting bukan sahaja sebagai medium komunikasi yang menghubungkan ahli SKTMJ, tetapi juga berperanan besar dalam usaha menyelamat sekiranya berlaku bencana di kawasan sekitar.
Semoga segala usaha dan sumbangan ini dikira sebagai amal jariah serta memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan