Langkau ke kandungan utama

29 NOV 2024: UPDATE TERIKINI AKTIVITI DI BILIK GERAKAN BENCANA BANJIR SKTMJ 2024

29 November 2024

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Urusetia Bencana Banjir SKTMJ yang telah bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan secara sukarela kepada mangsa-mangsa Banjir Monsun Timur Laut di Kelantan.

Komitmen, pengorbanan masa, tenaga, dan usaha tanpa henti yang diberikan oleh semua anggota dalam memastikan keselamatan mangsa-mangsa banjir amat dihargai. Anda semua adalah wira komuniti yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.

Anggota-anggota yang terlibat adalah:

  1. Pasir Puteh-01 - Control Center 1
  2. K. Long-01 - Control Center 2
  3. Chetok-16 - Control Center 3
  4. Pergau-03 - Perhubungan Awam & Media
  5. Gual Mesa-02 - Penyelamat 1
  6. Air Naga-01 - Penyelamat 2

Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua, dan moga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk turut serta membantu mereka yang memerlukan.

#TerimaKasih #SKTMJ #BanjirMonsunTimurLaut #PrayForKelantan












Ulasan

BERITA TERKINI

18 April 2025: ZIARAH KASIH GOK KAPUR & PAUH LIMA

  Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ Santuni Sahabat Uzur di Bachok dan Kota Bharu Bachok, 19 April 2025 – Program Ziarah Kasih anjuran Biro Kebajikan SKTMJ sekali lagi mengorak langkah dalam menyantuni sahabat-sahabat yang sedang diuji kesihatan. Pada hari ini, dua buah rumah telah diziarahi melibatkan dua daerah utama iaitu Bachok dan Kota Bharu . Ziarah pertama telah berlangsung di Kg Pauh Lima, Bachok , tepatnya di rumah Pauh   Lima 22 , diikuti dengan kunjungan ke kediaman  Gok Kapur 01 di daerah Kota Bharu. Program ini telah diketuai oleh Pasir Mas 02 , iaitu Cik Ujang Bin Omar , Pemangku Setiausaha SKTMJ, yang mengetuai seramai lebih kurang 10 orang ahli Biro Kebajikan SKTMJ dalam misi penuh kasih sayang ini. Program bermula sekitar jam 4.00 petang dan diselaraskan dengan penuh teratur. Kehadiran ahli yang bersemangat menjadikan program ini lebih bermakna dan mencerminkan kekuatan ukhuwah dalam kalangan warga SKTMJ. Menurut wakil Biro Kebajikan, kunjungan ...

26 April 2025: Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...

Sejarah Penubuhan SKTMJ

  SEJARAH Kelab ini telah ditubuhkan pada 20 September 2008 (Sabtu) dan mengadakan mesyuarat pemilihan AJK pertama di Bilik Gerakan Rukun Tetangga Bt.11 , bersempena dengan Hari Keluarga KRT Bt.11 . Sejak penubuhannya, kelab ini aktif dalam membantu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam kawalan keselamatan kampung di tiga daerah utama , iaitu Jeli, Tanah Merah, dan Machang . Dalam operasi rondaan dan komunikasi, kelab menggunakan Radio Amatur melalui repeater SRS yang berpusat di Kota Bharu , serta hubungan simplex untuk kawasan setempat. OBJEKTIF Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dan pemilik Radio Amatur. Melatih ahli dalam komunikasi radio amatur , termasuk latihan penggunaan, kelas pembelajaran, serta bimbingan untuk menduduki RAE (Radio Amateur Examination) setiap kali peperiksaan diadakan. Membantu pihak keselamatan seperti Polis dan badan berkaitan dalam usaha mengawal jenayah di kampung masing-masing. Melaksanakan kerja amal dan kebajikan ...

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA