Langkau ke kandungan utama

30 NOV 2024: OPS BANJIR SKTMJ BERSAMA PBS AMATUR

 30 NOV 2024

Hari ini Pasukan Penyelamat SKTMJ bergabung dengan Pasukan Bomba Sukarela Amatur untuk mengharungi air dalam bagi menyelamatkan seorang mangsa yang menghidapi penyakit minor stroke. Lokasi operasi kali ini adalah di Banggol Che Wan, Meranti Pasir Mas.

Keanggotaan operasi ini melibatkan:

  • 2 jentera 4x4
  • 1 bot & enjin
  • 3 orang penyelamat

Mangsa berjaya dihantar ke Surau Kg Banggol Che Wan dengan selamat. Surau ini kini berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS), memandangkan PPS lain telah penuh dengan mangsa banjir.

Petugas penyelamat yang terlibat:

  1. Gual Mesa-02 (Pemandu bot & Penyelamat)
  2. Air Naga-01 (Penyelamat)
  3. Kota Jembal-66 (PBS Amatur / Penyelamat)

Komunikasi sepanjang operasi ini diuruskan melalui jaluran berkembar Repeater SKTMJ dan SKTMJ Zello Channel.

Mangsa yang diselamatkan merupakan mentua kepada KCKD Jeli, yang melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kecekapan anggota SKTMJ. Operasi ini sekali lagi menunjukkan komitmen dan semangat sukarela petugas dalam membantu mangsa yang terkesan akibat banjir Monsun Timur Laut.

~ UnitMedia SKTMJ










########################################################




Rayuan Sumbangan Tabung Kecemasan SKTMJ

Tabung Kecemasan SKTMJ kini dibuka untuk memberi peluang kepada RAKYAT MALAYSIA yang prihatin dan berhati mulia untuk menyumbang bagi membantu mangsa-mangsa BANJIR KELANTAN 2024.

Bentuk sumbangan yang diperlukan:
✅ Sumbangan KEWANGAN untuk keperluan harian mangsa.
✅ Bekalan BARANGAN ASAS seperti beras, gula, kopi/teh, susu bayi, dan pampers.
MAKANAN & MINUMAN termasuk AIR BERSIH untuk memasak dan diminum.
✅ Sokongan kepada petugas sukarela bagi pengisian petrol dan diesel untuk kenderaan operasi.

Dengan sumbangan kecil anda, usaha membantu mangsa banjir akan lebih lancar dan berkesan.

Maklumat Sumbangan:
🏦 Nama Bank: Maybank
💳 No. Akaun: 5530 5640 6441
📝 Particulars: BencanaBanjirSKTMJ

Hantarkan bukti pembayaran melalui WhatsApp ke:
📱 www.wasap.my/60105184770/TBBSKTMJ24

Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda dengan keberkatan yang melimpah.
Terima kasih atas sokongan dan doa anda.

#PrayForKelantan #SKTMJCare
🌐 Layari laman web kami: www.sktmj.com

Ulasan

BERITA TERKINI

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

8 April 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ

 PROGRAM ZIARAH KASIH BIRO KEBJIKAN SKTMJ 2025 Tanah Merah, 8 April: Program yang telah dirancang oleh AJK Biro Kebajikan SKTM diteruskan dengan menziarahi ahli yang terlantar sakit di Kampung Batu 11 pada hari ini. Bermula sekitar jam 5 petang, rombongan Biro Kebajikan SKTMJ yang diketuai oleh Tuan Pengerusi, Hj Baharuddin Daud (Kuala Long01), diiringi oleh Bendahari Biro Kebajikan SKTMJ, Tepi Sungai 65, bersama beberapa AJK dan ahli SKTMJ, telah memulakan ziarah pertama ke rumah Puan Hasenu (Batu11-71) yang menghidapi penyakit saraf di Kampung Batu 11. Selepas beberapa minit berlalu, rombongan meneruskan ziarah ke rumah XYL kepada Tanah Merah 41, yang rumahnya hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Beliau kini menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Penyerahan sumbangan kebajikan diwakilkan terus kepada Tuan Pengerusi (Kuala Long01) dengan diiringi oleh Bendahari Biro, Tepi Sungai 65 dan disaksikan oleh ahli rombangan. Turut bersama dalam rombongan petang tadi i...

8 Mac 2025: Majlis Iftar & Solat Terawih Kasih SKTMJ 2025 meriah!

Majlis Iftar & Terawih Kasih SKTMJ 2025 Meriah di Padang Merdeka MDTM Tanah Merah, 8 Mac 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah menganjurkan Majlis Iftar & Terawih Kasih 2025 di Padang Merdeka, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) . Acara yang berlangsung pada petang Sabtu ini mendapat sambutan meriah walaupun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana komitmen tertentu. Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran ahli-ahli kelab dari pelbagai kawasan termasuk Tanah Merah, Machang, Jeli dan beberapa daerah lain. Para hadirin membawa pelbagai jenis juadah secara potluck , menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka puasa. Antara tetamu yang hadir termasuk: Pok Presiden (Pengerusi SKTMJ) Gading 01 Kemahang 107 Tok Uban 02 Manal 203 L. Cekok Pak Od Tok Ayah CTK 53 P. Puteh Paksu P. Mas P. Ujang Ipoh 11 Kemahang 310 Bechah Laut 05 Bechah Laut 21 Bujuk 03 Bechah Laut 02 P. Cdg 19 Klewek 01  Kok Lanas 79 Chetok 41 Sat 17 Gobe...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

26 April 2025: Mesyuarat Agung SKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

  Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025 — Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program. Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program. Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah...