Langkau ke kandungan utama

1 DISEMBER 2024: PEMINDAHAN PELAJAR SEKOLAH MEN AGAMA AL FALAH KG SIRAM KE SEK. MEN. KEB. KG DANGAR PASIR MAS

Berita Terkini – 1 Disember 2024

Pasukan Penyelamat SKTMJ dan PBS Amatur Pindahkan Pelajar SPM ke PPS dengan Selamat

Pasukan Penyelamat dari Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS Amatur) serta Penghulu Kg. Siram berjaya memindahkan 11 orang pelajar dan penduduk kampung yang terjejas banjir ke Sekolah Menengah Kg Dangar, Pasir Mas, yang berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Antara pelajar yang telah dipindahkan adalah dari Sekolah Men. Agama Al-Falah, Kg Siram dan Sekolah Men. Kebangsaan  Kubang Bemban, kesemuanya dari daerah Pasir Mas

Pelajar-pelajar  Sekolah Menegah Agama Al Falah, Kg. Siram ini merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan menduduki peperiksaan bermula esok, 2 Disember 2024. Langkah pantas dan kerjasama semua pihak memastikan mereka tiba dengan selamat dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan penting tersebut.

Operasi ini diketuai oleh Pasir Mas-02 (SKTMJ) dengan kekuatan anggota berikut:

  1. Pasir Mas-02 (SKTMJ - Ketua)
  2. Gual Mesa-02 (SKTMJ)
  3. Kota Jembal-66 (PBS Amatur)
  4. Banggol Chica-01 (SKTMJ)
  5. Penghulu Kg. Siram
  6. Seorang sukarelawan orang awam
  7. Kota Jembal-69 (PBS Amatur)
Misi ini melibatkan:
  • 3 buah kenderaan 4x4:
    • ISUZU D-Max (Gual Mesa-02, SKTMJ)
    • Mitsubishi Pajero (Kota Jembal-66, PBS Amatur)
    • Ford Ranger (Penghulu Kg. Siram)
  • 1 bot milik Gual Mesa-02, digunakan untuk melalui kawasan banjir dalam dan berarus deras.

Operasi bermula pada waktu pagi dan berjaya diselesaikan sekitar jam 1.00 petang.



Video penuh Ops Banjir 1 Nov 2024

Penghargaan dari Sekolah

Pengetua Sekolah Menengah Kg Dangar, Cikgu Ghazali Bin Mat Zin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan SKTMJ dan PBS Amatur atas usaha mereka memindahkan pelajar-pelajar yang terlibat. Mereka berterima kasih atas dedikasi pasukan dalam memastikan pelajar dapat hadir ke lokasi peperiksaan dengan selamat walaupun dalam situasi bencana.

Gambar Tangkap layar dari Whatsapp, Warkah Penghargaan dari Pihak SMK Kg Dangar



Komitmen Berterusan
Pasukan SKTMJ dan PBS Amatur komited untuk terus menjalankan tugas-tugas menyelamat dengan sepenuh tanggungjawab, demi kesejahteraan masyarakat yang terjejas banjir.



Ikuti Tiktok Rasmi SKTMJuntuk menonton video susunan penuh Ops kali ini dilink biru.

#OpsBanjirSKTMJ #BanjirKelantan2024 #SPM2024 #SKTMJCare


MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN

Ulasan

BERITA TERKINI

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

Ahli Biasa

9W2ASO 9W2CDH 9W2SNO 9W2NFQ 9W2MVB 9W2PPT 9W2HBF 9W2FBH 9W2GXX 9W2GGH 9W2CNY 9W2ZOA 9W2ARR 9W2NTY 9W2SDF 9W2ROJ 9W2POE 9W2IPB 9W2SUC 9W2TAA