Langkau ke kandungan utama

18 April 2025: ZIARAH KASIH GOK KAPUR & PAUH LIMA

 




Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ Santuni Sahabat Uzur di Bachok dan Kota Bharu

Bachok, 19 April 2025 – Program Ziarah Kasih anjuran Biro Kebajikan SKTMJ sekali lagi mengorak langkah dalam menyantuni sahabat-sahabat yang sedang diuji kesihatan. Pada hari ini, dua buah rumah telah diziarahi melibatkan dua daerah utama iaitu Bachok dan Kota Bharu.

Ziarah pertama telah berlangsung di Kg Pauh Lima, Bachok, tepatnya di rumah Pauh Lima 22, diikuti dengan kunjungan ke kediaman Gok Kapur 01 di daerah Kota Bharu. Program ini telah diketuai oleh Pasir Mas 02, iaitu Cik Ujang Bin Omar, Pemangku Setiausaha SKTMJ, yang mengetuai seramai lebih kurang 10 orang ahli Biro Kebajikan SKTMJ dalam misi penuh kasih sayang ini.

Program bermula sekitar jam 4.00 petang dan diselaraskan dengan penuh teratur. Kehadiran ahli yang bersemangat menjadikan program ini lebih bermakna dan mencerminkan kekuatan ukhuwah dalam kalangan warga SKTMJ.

Menurut wakil Biro Kebajikan, kunjungan ini bukan sekadar lawatan fizikal tetapi turut membawa mesej solidariti dan kasih sayang sesama ahli keluarga SKTMJ. Selain menyampaikan kata-kata semangat dan doa kesembuhan, pihak biro turut menyampaikan sumbangan khas kepada sahabat-sahabat yang diuji dengan musibah kesihatan.

Program yang melabuhkan tirainya sekitar jam 7.00 malam ini mendapat sambutan baik daripada tuan rumah dan semua ahli yang terlibat.

Biro Kebajikan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan berpanjangan serta memperkukuhkan lagi ukhwah di kalangan warga SKTMJ.

"Semoga sahabat-sahabat yang diziarahi diberikan kesembuhan segera dan kembali sihat seperti sediakala, serta terus berkomunikasi bersama kita semua seperti biasa."

















~ Media SKTMJ

MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN

Ulasan

BERITA TERKINI

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

Ahli Biasa

9W2ASO 9W2CDH 9W2SNO 9W2NFQ 9W2MVB 9W2PPT 9W2HBF 9W2FBH 9W2GXX 9W2GGH 9W2CNY 9W2ZOA 9W2ARR 9W2NTY 9W2SDF 9W2ROJ 9W2POE 9W2IPB 9W2SUC 9W2TAA

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA