Langkau ke kandungan utama

26 April 2025: Mesyuarat Agung SKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

 


Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025
Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program.

Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program.






Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah gah sebelum 2014. Beliau mengenang era kegemilangan pasukan dalam operasi menangkap penjenayah, sebelum kuasa operasi terhad kepada bantuan maklumat kepada PDRM akibat insiden lampau. Beliau menggesa agar SKTMJ memperkukuhkan kembali keanggotaan dengan kemasukan golongan muda, memperkenalkan Pergau Sauna Herba & Rekreasi — yang kini menjadi simbol kebangkitan baharu — serta mengalu-alukan semua hadirin mencuba kemudahan sauna secara percuma.





Majlis diteruskan dengan ucapan bersemangat daripada Ketua Polis Daerah Jeli, Supritenden Kamaruzzaman Harun, yang mewakili YDH Dato' Ketua Polis Negeri. Beliau menyampaikan salam Dato' kepada semua ahli SKTMJ dan mengucapkan tahniah kepada AJK lama atas kejayaan meneruskan legasi. Dalam amanatnya, beliau menekankan pentingnya merekrut lebih ramai anak muda, meningkatkan inovasi, serta memperkukuhkan hubungan dua hala antara SKTMJ dan PDRM.

“Polis dan masyarakat berpisah tiada; polis adalah pemberi khidmat, masyarakat adalah pelanggan,” ujar beliau. Beliau turut menyeru agar penggunaan aplikasi VSP dimanfaatkan untuk laporan keselamatan terus kepada pihak berkuasa serta menyokong penuh inisiatif memperkenalkan Pergau Sauna Herba & Rekreasi yang terbukti mampu membantu kesihatan.

Penaung SKTMJ, YB Tuan Zahari Bin Kechik dalam ucapannya menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian SKTMJ dan berkongsi kisah persahabatannya dengan Pengerusi sejak 1990. Beliau menzahirkan sokongan padu terhadap usul-usul baharu termasuk penubuhan Pasukan Harimau Muda (HARIMU) yang bakal melibatkan belia dalam pemantauan keselamatan komuniti, termasuk menghadapi ancaman binatang buas.

“SKTMJ harus menjadi peronda yang membantu keselamatan Jalan Raya Timur-Barat Jeli - Gerik, terutamanya dalam menangani ancaman gajah liar,” ujar YB Zahari sambil berjanji memberikan sokongan dana dan moral untuk memastikan SKTMJ kembali gah seperti dahulu. Beliau merasmikan Mesyuarat Agung ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Agenda Mesyuarat Agung

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada wakil program banjir & bot, sumbangan kebajikan kepada XYL Kemahang 3 10, serta penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat. Seterusnya, Mesyuarat Agung menyaksikan pembentangan minit mesyuarat lalu, penyata kewangan dan pembentangan usul-usul penting tepat jam 12.05 tengahari.

Antara usul utama yang diluluskan adalah:

  • Penubuhan Pasukan Elit/Khas seperti S3P (Pasukan Paramedik Pantas), PEKA (Pasukan Kecemasan di Air), PEJEN (Pengawasan Jenayah) dan PUNCAK (Pasukan Gunung).
  • Kerjasama strategik bersama Malaysian Volunteer Rescue Team (MVRT) di bawah nama SAR 10.
  • Penubuhan Harimau Muda bagi merekrut golongan muda 18–35 tahun.
  • Penubuhan Biro Agama dan Unit Penguatkuasa (Pasukan Integriti) SKTMJ.

Setelah pembubaran AJK lama, sesi pemilihan barisan AJK baru sesi 2025-2027 berjalan lancar dengan Kuala Long 01 terus diberi mandat sebagai Pengerusi.

Pengerusi telah menyampaikan sumbangan hamper kepada AJK lalu sebagai tanda penghormatan dan ucapan terima kasih atas usaha mereka yang telah bertungkus lumus meneruskan legasi SKTMJ hingga ke saat ini.

Acara Bidas Tertutup Berjaya, Potluck Meriah

Selepas tamat mesyuarat, semua peserta menikmati jamuan makan tengahari yang digabungkan dengan Majlis Hari Raya secara potluck, menambahkan kemeriahan suasana. Acara pertandingan Bidas Tertutup telah berlangsung dengan cemerlang sejurus selesai Mesyuarat Agung Kali Ke 8 SKTMJ sebagai mengisi Tabung  Biro Kebajikan ahli SKTMJ.  

Namun begitu, persembahan malam yang dirancang terpaksa dibatalkan atas faktor kesesuaian. Majlis bersurai dengan penuh harmoni pada jam 3.00 petang, membawa pulang semangat baru untuk mengukuhkan lagi peranan SKTMJ dalam menjaga keselamatan komuniti setempat.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR TERPILIH DARI LENSA AHLI

 






























MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN












 

Ulasan

BERITA TERKINI

17 Ogos 2025 - Squad PUNCAK Selenggara Repeater

BERITA KHAS SKTMJ Misi Penyelenggaraan Repeater Bukit Kemahang Berjaya Dilaksanakan Tarikh: 17 Ogos 2025 Lokasi: Bukit Kemahang Penukaran bateri lama yang sudah tidak berfungsi. Penukaran solar controller dan distributor. Pembersihan kawasan sekitar repeater. Anggota terlibat: Squad PUNCAK SKTMJ: Melor 02 & Lawang 07 Seorang anggota swasta turut serta membantu Sumbangan daripada ahli: Padang Siam 08 (1 unit) Jelatok 01 Jelatok 07 Jelatok 66 (1 unit) Penghargaan Bukit Kemahang, 17 Ogos – Pasukan SKTMJ telah berjaya melaksanakan misi penyelenggaraan repeater di Bukit Kemahang dengan sempurna walaupun berdepan cabaran hujan lebat di puncak. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan meliputi: Misi bermula dengan pendakian pada jam 10.00 pagi dan pasukan tiba di puncak sekitar jam 2.00 petang. Walaupun hujan lebat turun bermula jam 4.00 petang, semua kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya dan pasukan tiba kembali ke base pada jam 6.30 petang. Bateri baharu (2 unit N70)...

AHLI SEUMUR HIDUP

9W2WPA 9W2HGQ 9W2ZKT 9W2CZK 9W2NTM 9W2WJD 9W2NDN 9W2MVC 9W2PLL 9W2JCM 9W2CPA 9W2ZXY 9W2WEK 9W2WFH 9W2NOF 9W2LHP 9W2PKY   9W2BBM 9W2KBY 9W2ZJE 9W2DJE 9W2CGD 9W2TMW 9W2GZG 9W2YBE 9W2NVR

19 Julai 2025 : Repeater Di Puncak Bukit Di Badai Ribut Kencang

Pemancar Repeater SKTMJ di Bukit Kemahang Dibadai Ribut – Kerosakan Serius Akibat Solar Panel Diterbangkan ke Gaung Bukit Kemahang, Tanah Merah | 19 Julai 2025 (Sabtu) – Pemancar repeater milik Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) yang terletak di puncak Bukit Kemahang telah mengalami kerosakan serius selepas dilanda ribut kuat baru-baru ini. Kejadian tersebut menyebabkan solar panel utama bersaiz besar diterbangkan angin kencang dan terjatuh ke bawah kabin , manakala beberapa kabel utama tercabut sehingga menjejaskan sistem pendawaian bawah kabin repeater . Pasukan pendaki yang terdiri daripada tiga kru dan satu kenderaan pacuan empat roda telah melakukan misi pemeriksaan ke lokasi pada awal pagi. Tiga kru tersebut ialah Melor 01, Lawang 07 , serta seorang rakan teknikal swasta , manakala sokongan logistik melibatkan kenderaan Tanah Merah 41 (T.Merah 41) . Kos keseluruhan operasi misi pengesahan kerosakan berjumlah RM300 , yang diperuntukkan seperti berikut:...

Ahli Biasa

9W2ASO 9W2CDH 9W2SNO 9W2NFQ 9W2MVB 9W2PPT 9W2HBF 9W2FBH 9W2GXX 9W2GGH 9W2CNY 9W2ZOA 9W2ARR 9W2NTY 9W2SDF 9W2ROJ 9W2POE 9W2IPB 9W2SUC 9W2TAA

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA