PASIR MAS, Kg Banggol Petai | 10 April 2025 – Ahli Jawatankuasa SKTMJ hari ini telah menghadiri Mesyuarat Khas Persediaan Mesyuarat Agung Kali Ke-7 yang dijadualkan berlangsung pada 26 April 2025.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi SKTMJ, diikuti kehadiran barisan kepimpinan lain seperti Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Penolong Bendahari, Setiausaha, dan beberapa lagi AJK serta ahli yang turut hadir memberikan komitmen penuh.
Mesyuarat ini telah diadakan di Warong Roti Canai Banggol Petai 06, bertempat di Kg Banggol Petai, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 6.45 petang. Penutup majlis disempurnakan dengan bacaan Doa Kafarah dan Surah Al-Asr.
Ulasan
Catat Ulasan