20 Jun 2025 - SKTMJ BERDUKA: Kematian yang Dicemburui pada Penghulu Segala Hari



KUALA LONG, JUMAAT- 20 Jun 2025 – Dengan penuh rasa dukacita dan keinsafan, dimaklumkan bahawa Presiden Kelab SKTMJ telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang syahdu, jam 6:15 pagi, di kediaman beliau. Pemergian Allahyarham berlaku setelah tujuh hari pulang dari hospital akibat serangan strok. 















Sesungguhnya, pemergian ini merupakan kematian yang dicemburui – pada hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terpelihara daripada azab kubur, satu kelebihan yang hanya dianugerahkan kepada insan-insan terpilih oleh Allah SWT. Allahyarham dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, yang banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan perpaduan ahli kelab SKTMJ. Seluruh warga SKTMJ dan penduduk sekitar menyifatkan pemergian beliau sebagai kehilangan besar yang sukar diganti.

Jenazah akan dimandikan dan disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Long pada jam 3:00 petang ini. Pihak Pengurusan Tertinggi SKTMJ menyeru semua ahli, sahabat dan kenalan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebagai tanda kasih, penghormatan dan penghargaan terhadap segala jasa dan pengorbanan beliau. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

 

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali." (Al-Baqarah: 156) 

KEMASKINI PETANG

Solat jenazah telah dijalankan tepat jam 3 petang di kediaman arwah Kuala Long 01. Usai solat, jenazah terus di bawa ke Tanah Perkuburan Kuala Long untuk dikebumikan.









Ramai yang hadir menziarahi arwah termasuk Dato' Sri Mustapha Mohamed, YB Tuan Zahari (Pok), OCPD IPD Jeli Supt. Kamarulzaman, Imam Masjid Batu Melintang, ahli SKTMJ dan kenalan dari jauh dan dekat berebut peluang menyolatkan jenazah.






رَبَّنَا اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ.

Rabbana aghfir lahu warhamhu, wa ‘afihi wa’fu ‘anhu,
wa akrim nuzulahu, wa wassi’ mudkhalahu,
waghsilhu bil-mā’i wath-thalji wal-barad,
wanaqqihi minal-khaṭāyā kamā yunaqqath-thawbul-abyadhu minad-danas,
wa abdilhu dāran khayran min dārih,
wa ahlan khayran min ahlih,
wa zawjan khayran min zawjih,
wa qihi fitnat al-qabri wa ‘adhāb an-nār.


“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.
Muliakanlah tempat tinggalnya, luaskan kuburnya,
mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk,
dan bersihkan dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran.
Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia),
keluarga yang lebih baik daripada keluarganya,
pasangan yang lebih baik daripada pasangannya,
dan lindungilah dia daripada fitnah kubur serta azab api neraka.”



"Seluruh warga SKTMJ merafakkan doa dan takziah atas pemergian almarhum Haji Baharuddin Bin Daud (Kuala Long 01/ 9W2BBM), Pengerusi SKTMJ yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan, dilapangkan kubur serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin ya Rabbal ‘alamin.”



 #SKTMJ  #BeritaDuka #PresidenSKTMJ #KematianYangDicemburui #JumaatPenghuluHari #Innalillahiwainnailaihirojiun

0 comments:

Catat Ulasan